Showing posts with label Kegemaran. Show all posts
Showing posts with label Kegemaran. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

C.O.N.F.I.U.S

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Alifah sekarang berada dalam keadaan dilema. Kenapa?
Setiap kali Alifah buka laptop, Alifah akan tertanya-tanya sama ada Alifah nak dengar lagu Melayu atau lagu Mat Saleh.#confius
Bila confius mulalah start untuk memegang kepala sehingga selendang dekat kepala pun hampir tercabut sebab asyik main kepala sahaja.


Ini hanyalah sebahagian dari comment

Bila Alifah post di twitter and facebook, ramai orang yang respond.
Malah ada juga yang suruh Alifah support Malay songs rather than English songs.
But, I'm still confius.

Lagi-lagi confius bila tengok video Matluhtfi.



Lagu melayu memang kebanyakannya penuh dengan tema putus cinta, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta berputik dan sebagainya. Jadi semua lagu melayu kebanyakannya berkisahkan pasal cinta. Malah lagu kanak-kanak pun pasal cinta.
Ingatkan lagi lagu-lagu melayu zaman 90-an? Lagu pada zaman tersebut lagi lah jiwang meleleh sampai geli Alifah nak dengar.

Jadi, lagu melayu memang banyak bertemakan cinta sehinggakan ramai pendengar muak dan loya bila mendengar bait-bait lirik lagu tersebut.




Matluthfi brings me to this video.
Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Forteen memang tidak dinafikan mempunyai rentak yang tersendiri. Malah lagu yang dinyanyikan juga agak sedap di dengar di halwa telinga.
Tapi, bila lihat lirik lagu 'Berdua Bersatu'

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Alifah hanya dapat fikir, kenapa bila sebut soal cinta mesti berkenaan topik putus cinta?
Malah lirik yang diciptakan juga menggambarkan bahawa lelaki tersebut sanggup buat apa sahaja untuk perempuan tersebut. Well, lirik sudah cantik tapi terlalu banyak hiperbola. Kalau sudah tahu cinta tidak direstui, kenapa tak terus sahaja explain dekat parents si dia supaya mereka dapat accept? Nasib baik lirik lagu sahaja.Pheuw.
Kenapa?
Cuba kita selidik kehidupan realiti. Kenapa banyak sangat orang buang bayi sekarang ini?
Sebab mereka ini terlalu mengikut kata hati dan nafsu mereka semasa mereka bercinta.
Sama seperti lirik lagu yang terdapat di semua lagu melayu. Si lelaki sanggup berkata ' aku akan redah lautan api untuk mendapatkan kamu, wahai kekanda'. Tapi bila dah dapat si perempuan tersebut termasuklah mahkota perempuan tersebut, si lelaki mula lah cabut lari dan tak mau bertanggungjawab.Okay, Alifah sudah mula melalut sekarang ini. Jadi, kalau mengenai bab 'cinta', sepatutnya pencipta lirik kena lah perluaskan lagi skopnya.Cinta tak semestinya untuk sang teruna mahupun sang dara. Cinta untuk family pun boleh termasuklah kepada sang Pencipta. Faham?
Jadi, industri hiburan Malaysia sepatutnya kena berfikir cara-cara untuk mencipta lagu yang pelbagai. Bukan sekadar bab 'cinta' sahaja. Cubalah kalau  Malaysia tiru style Korea. Alifah maksudkan bukannya tiru 100% semua stail Korea. Okay. K-Pop menjadi kegilaan orang ramai disebabkan industri mereka mempunyai pelbagai pilihan lagu selain lagu berkenaan 'cinta'. So, dari K-pop kita boleh mengambil pengajaran macam mana mereka menjadi kreatif macam itu.Okay, berbalik kepada topik asal.
Bila sebut mengenai lagu Inggeris pula, ada juga yang bagus ada juga yang tak bagus. Kenapa?
Sebab kebanyakan lagu Inggeris atau lagu Mat Saleh berkisah mengenai topik sex. Why sex?
Euw. Tapi ada juga lagu yang bagus seperti lagu yang dinyanyi oleh Adele seperti 'Someone Like You' dan 'Rolling in the Deep'.
 Memang tidak dapat dinafikan bahawa lirik-lirik yang ada dalam lagu tersebut berkisahkan mengenai kehidupan beliau.
Lirik 'Someone Like You'
I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised in a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue, uninvited
[ From: http://www.elyrics.net/read/a/adele-lyrics/someone-like-you-lyrics.html]
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over yet

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yeah

Nothing compares, no worries or cares
Regrets and mistakes, they're memories made
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Lirik lagu 'Rolling in the Deep':
"Rolling In The Deep"

There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch, it's bringing me out the dark
Finally I can see you crystal clear
Go ahead and sell me out and I'll lay your ship bare
See how I'll leave with every piece of you
Don't underestimate the things that I will do

There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch
And it's bringing me out the dark

The scars of your love remind me of us
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can't help feeling
We could have had it all
(You're gonna wish you never had met me)
Rolling in the deep
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
You had my heart inside of your hand
(You're gonna wish you never had met me)
And you played it to the beat
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)

Baby, I have no story to be told
But I've heard one of you
And I'm gonna make your head burn
Think of me in the depths of your despair
Making a home down there
As mine sure won't be shared

(You're gonna wish you never had met me)
The scars of your love remind me of us
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
They keep me thinking that we almost had it all
(You're gonna wish you never had met me)
The scars of your love, they leave me breathless
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
I can't help feeling
We could have had it all
(You're gonna wish you never had met me)
Rolling in the deep
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
You had my heart inside of your hand
(You're gonna wish you never had met me)
And you played it to the beat
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside of your hand
But you played it with a beating

Throw your soul through every open door
Count your blessings to find what you look for
Turn my sorrow into treasured gold
You pay me back in kind and reap just what you sow

(You're gonna wish you never had met me)
We could have had it all
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
We could have had it all
(You're gonna wish you never had met me)
It all, it all, it all
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)

We could have had it all
(You're gonna wish you never had met me)
Rolling in the deep
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
You had my heart inside of your hand
(You're gonna wish you never had met me)
And you played it to the beat
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)

You could have had it all
(You're gonna wish you never had met me)
Rolling in the deep
(Tears are gonna fall, rolling in the deep)
You had my heart inside of your hand
(You're gonna wish you never had met me)

But you played it
You played it
You played it
You played it to the beat. 
Lirik lagu yang dinyanyikan oleh Adele berkisahkan kehidupan realiti malah lagu cinta seperti 'Someone like you' juga berkisahkan cinta yang realiti di mana lelaki yang dahulu pernah dicintai oleh beliau sudah berkahwin dan beliau berjanji untuk mencari seorang lelaki yang sama seperti lelaki yang dicintainya.Itu lah kisah cinta realiti dan sweet sahaja didengar. Bukan seperti lirik lagu yang hiperbola mengenai cinta. Tapi itulah hakikat. Kalau berkenaan cinta, tak semestinya kita kena berkorban dengan terjun di laut mahu pun sungai untuk membuktikan bahawa kita betul-betul mencintai dia. Well, industri hiburan Malaysia wajib membuat sesuatu supaya lirik-lirik lagu tidak menjadi topik untuk diburukkan semata-mata.
Jadi, Alifah memilih untuk mendengar sahaja lahu K-Pop seperti IU sebab lebih rancak dan sedap di dengar di halwa telinga. Jadi, nak cipta lirik lagu tue biarlah yang logik serta mempunyai banyak genre.
My favourite song, hope you'll enjoy it.

Ini hanyalah pendapat Alifah sahaja. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri kan?
Happy reading guys. Hope you guys enjoy it.^^ 






Tuesday, November 8, 2011

i-City

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Pada 07112011, Alifah dengan adik-beradik yang lain pergi ke i-City, Shah Alam setelah keadaan abuya kembali pulih dan dibenarkan pulang dari Hospital Sg Buloh.
  
Lokasi i-City terletak di Shah Alam dan berhampiran sahaja dengan UiTM Shah Alam. Perjalanan dari Bandar Sri Damansara ke i-City hanya memakan masa 34 minit sahaja jika melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang.


klik untuk tumbesaran
Pada malam kejadian, abang Alifah,  Toriq tersilap lorong semasa melalui NKVE. Dia tersilap memilih lorong ke Kuala Lumpur pada hal sepatutnya kena lalu di lorong Shah Alam dan Petaling Jaya. Mujur banyak alternatif lain. Jadi kami terus ke Kuala Lumpur-Shah Alam dan melalui beberapa tol. Kalau dah tersilap pilih lorong, confirm memang kena banyak lalu tol sebab jalan di Kuala Lumpur nie berbelit-belit.





Pemandangan i-City dari tepi jalan

Tertarik dengan ayat iklan Maxis


Driver kami , Toriq
Alhamdulillah, setelah tersilap pilih lorong, kami semua sampai juga di i-City. Sebelum masuk di i-City, setiap pengunjung mestilah mengambil tiket parking dan tiket parking itu akan di cas mengikut jam.*kalau tak silap Alifah.






Bila sampai di i-City, Alifah mesmerized dengan pembangunan pesat yang berlaku di i-City. Ye lah dah setahun tak pergi i-City. Tahun lepas pergi i-City pun pada tahun 2010 (semasa raya ke-2 atau raya ke-3). Dulu pada tahun 2010, cuma ada pokok-poko yang berlampu disertakan dengan pameran dinosaur pada waktu ketika itu. Bila melihat perkembangan pesat di i-City, Alifah baru sedar yang masa berlalu dengan pantas. And baru sedar yang yang Alifah sudah pun berumur 19 tahun.*sigh.

Nak tahu tak apa yang ada di i-City?
JOM kita explore.

Pokok-pokok yang berwarna-warni














Snowalk











Snowalk ini baru dibuka pada tahun ini. Konsep nya sama sahaja macam di Genting Highlands dengan rumah snow semua tue. Harga tiket dalam lingkungan antara RM 25 hingga RM30. Alifah dan sadik-beradik yang lain tak pergi pun Snowalk sebab kami semua tak bawa duit dalam jumlah yang besar sebab ingat i-City, ingat bergambar sahaja. Jadi ternganga jer lah mulut tengok orang main salji kat Snowalk. Kalau tengok picture di atas, mesti korang tertanya-tanya sebab apa ramai orang tadah tangan? Sebab kat atas siling ada mesin salji yang menghasilkan salji. Jadi, disebabkan Malaysia tidak mempunyai musim sejuk, ramai lah orang berebut-rebut untuk merasai kesejukan ais buatan manusia. Alifah rasa seronok pula berebut-rebut ais dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Itulah yang specialnya tentang Malaysia.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai niat untuk bermain salji di Snowalk, anda boleh lah bergambar sakan di dalam sana. Dalam Snowalk pun ada pokok-pokok yang berwarna-warni disertakan replika kereta Cinderella yang famous dalam kisah dongeng kanak-kanak. Jadi boleh lah feeling-feeling macam kanak-kanak Ribena walaupun korang semua nie dah tua bangka.

Ada Games macam Funfair






























Warna-warni i-City ditambah lagi dengan ada nya fun fair di situ. Bagi Alifah, fun fair separuh siap  sahaja sebab games yang disediakan masih kurang dan kemungkinan tahun depan baru best nak main fun fair di i-City.

Bagi sesiapa yang ingin releasekan tension boleh lah pakat ramai-ramai pergi i-City dan main game tembak-tembak atau tumbuk-tumbuk untuk kurangkan hormon stress.

Setiap games nie ada lah token yang dikenakan dengan harga yang telah ditetapkan. Bagi sesiapa yang berjaya melengkapi syarat-syarat dalam games yang sudah ditetapkan boleh lah membawa pulang permainan yang comey seperti teddy bear di atas.

Basikal Couple








Semasa meronda-ronda di area i-City, kami ternampak sekumpulan manusia berkumpul di satu tempat. Kami semua pun duk usha apa benda yang menyebabkan ramai pengunjung beratur di situ. Rupa-rupanya ada basikal couple yang dibina di atas landasan seperti roller coaster. Menariknya, basikal couple nie boleh memuatkan dua orang sahaja. Sambil berbasikal, sambil itu korang bolehlah mendengar lagu-lagu kegemaran korang. Dari genre balada hinngalah ke genre rock. Memang menarik. Bayaran yang dikenakan juga agak berpatutan.

Konsep basikal couple nie sama sahaja dengan konsep couple boat. Function basikal couple nie  adalah sambil korang mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain (especially kepada suami isteri), korang bolehlah mendengar lagu-lagu yang digemari sambil menikmati pemandangan yang cantik di i-City. Menarik kan?


 Tempat Untuk Mengasah Bakat dalam Photography




















































































Bagi sesiapa yang ingin mengembangkan bakat mereka dalam photography boleh lah pergi ke i-City. Orang baru nak belajar macam Alifah juga masih terkial-kial untuk menangkap gambar yang terbaik di i-City.

i-City nie bukan sahaja tempat hiburan untuk semua orang. Tetapi ia juga merupakan tempat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Selain itu, sebagai tempat untuk share ilmu. Tak semestinya ilmu yang kita pelajari hanya diperoleh di kelas, malah di tempat-tempat sebegini juga kita mampu menerima ilmu melalui pengamatan kita dan dari orang lain.

Jadi, pakat lah beramai-ramai pergi ke i-City. Banyak benda-benda yang menarik ada di situ.
Jom kita melawat kawasan-kawasan menarik di Malaysia.



P/S I do really need to lose my weight. al-maklumlah cuti. Jadi kerja asyik makan tido jer. I feel ashamed with myself as I look big. Baru semalam jer sedar yang diri ini sudah gemuk.*sigh






Followers