Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Monday, November 21, 2011

New Semester New Spirit

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


New semester, new looks, new determination, new environment, new books and new friends.
Hari ini merupakan tarikh keramat kepada semua pelajar jurusan diploma UiTM untuk kembali semula ke kampus setelah cuti selama sebulan.


Buka semester baru ini, Alifah dan rakan-rakan seperjuangan sudah pun melangkah ke semester yang ke-4.
Semester yang lebih mencabar kepada kami semua but insya-allah boleh skor punya.
Plus, this new semester pun banyak juga intake walaupun hanyalah second intake.
Insya-allah, Alifah akan kuatkan semangat untuk maintain skor  untuk semester ini.




Banyak juga perubahan yang berlaku terutamanya kepada kawan-kawan Alifah yang ambil Fast Track. Mereka semua sudah pun memilih untuk menyambung terus degree. Jadi kami semua akan rindu kat mereka semua. Semoga mereka semua berjaya dalam jurusan degree.
Insya-allah kami semua sudah pun semester yang ke-4 dan bila masuk semester yang baru lagi kami semua dah pun melangkah ke final semester.


Secara jujurnya,
Alifah dah tak sabar nak abis kan diploma. Tapi Alifah akan cuba untuk kuatkan semangat untuk jadi yang terbaik.
Semoga semester kali ini menjadi  yang terbaik untuk Alifah. Amin.

Thursday, November 10, 2011

I Love You

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


"Friendship is like a violin; the music may stop now and then, but the strings will last forever."


Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12.00 am, ini bermakna hari ini sudah 101120011. Ini bermakna cuti semester sudah hampir ke penghujungnya.


Wah rasa sekejap jer masa berlalu. Alifah rasa macam baru sahaja kita menjenguk dan mengucapkan selamat datang kepada tahun 2011. Dan sekarang kita sudah hampir ke penghujung tahun 2011. Bila masuk sahaja tahun 2012, Alifah akan berumur 20 tahun Memasuki fasa baru.Baru sedar diri ini sudah tua.




Oke. Topik Alifah pada hari ini mengenai 'ILOVEU'.
Bila sebut jer tiga perkataan tersebut, sudah semestinya ramai orang akan teringat dekat girlfriend and boyfriend mereka. Betul tak?


Perkataan 'ILOVEU' begitu bermakna pada diri Alifah. Kenapa?
Sebab tiga ayat itu menggambarkan perasaan sayang Alifah dekat orang yang istimewa di hati Alifah.


Siapa orang itu?
Beliau merupakan seorang yang istimewa di hati Alifah semenjak Alifah kenal dengan dia semasa di sekolah rendah lagi. Hubungan kami rapat sehinggalah sekarang. Ditambah lagi dengan muka kami yang agak seiras. Cuma Alifah mempunyai rangka badan yang besar dan dia hanya mempunyai rangka badan yang kecil sahaja.


Nak tahu siapa dia?
Dia adalah Wan Naemah Tsania BT Wan Abdul Hamid Shukri!


BFF, Tsania
Dia selalu ada ketika Alifah susah mahu pun senang.Memang susah nak jumpa kawan yang begitu baik macam dia.



Apalah gunanya hidup jika dalam hidup itu hanya kita seorang sahaja tanpa mempunyai sahabat karib? Alifah sayang Naemah.

Sewaktu Alifah susah, dia yang akan tolong Alifah. Sewaktu Naemah susah Alifah yang akan tolong dia. Kami sudah menjalinkan persahabatan kami sejak dari kecil lagi malah bertambah rapat dari hari ke hari sehinggalah sekarang.

Kami sentiasa bersama-sama dalam melakukan sebarang aktiviti walaupun Alifah sibuk dengan aktiviti lain.

Alifah ingat lagi kenangan kita bersama di Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada tahun 2008.Pada waktu itu, Naemah tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pergi ke sana. Tapi Alifah yang sudi support Naemah semata-mata untuk menemani Alifah di sana. Kita pergi bersama-sama. Alifah berkeras hati nak pergi ke sana sebab Alifah nak spend masa bersama-sama dengan Naemah. Al-maklumlah Alifah sudah masuk ke sekolah berasrama penuh di Penang, jadi masa untuk kita spend together pun sudah jadi terhad.


Di sana, kita  ditakdirkan untuk bertemu dengan geng BANG-BANG BOOM.=..=
Memang famouslah kita berdua selepas masuk dekat tv kan?
Itulah pengalaman manis dalam banyak-banyak pengalaman yang kita share.



Kita selalu bergossip mengenai lelaki. Dengan siapa kita nak kahwin, ciri-ciri lelaki yang menjadi tarikan dan macam-macam lagi. Memang best lah kalau dapat sembang dengan Naemah. Mungkin kita sudah dicipta oleh Allah untuk menjadi sahabat karib sehingga mati.


Sahabat yang baik akan menolong bila kita dalam kesusahan. Akan berada di sisi kita semasa kita senang. Akan memberi sokongan antara satu sama lain. Akan menangis tatkala kita menangis dan akan tertawa bila kita happy. Naemah memang jodoh terbaik untuk Alifah dalam persahabatan.

Ciri-ciri sahabat begini memang susah nak di cari.



Naemah memang seorang yang baik dan penyabar. Sebab itulah Alifah berkawan lama dengan dia sebab ALifah memang seorang yang panas baran. Well, nampaknya kene lah belajar untuk menghandle masalah panas baran Alifah ini. Nasib baik Naemah ada.

Jadi, kepada pembaca blog, hargailah semua sahabat yang berada di sekeliling kita. Jangan lah kita abaikan mereka. Anggaplah mereka ini sebagai family kita juga walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah langsung.

Syukur, alhamdulillah. Silaturahim yang telah terjalin semakin rapat bila adik Alifah juga berkawan dengan adik Naemah. Al-maklumlah masing-masing anak sulung dan masing-masing mempunyai bilangan adik beradik yang ramai.

Kepada Naemah, jika dia membaca blog ini:

Alifah tidak akan lupakan semua memori sepanjang kita berkawan. Walaupun Alifah tidak sempurna, tetapi Naemah masih sudi berkawan dengan Alifah. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan Alifah walaupun kadang-kadang Alifah nie bengong sikit. Terima kasih banyak-banyak.

Naemah, sila jaga diri di UiTM Arau. Belajar bersungguh-sungguh dan banggakan kedua ibu bapa Naemah. Jangan tinggal solat. Ingat Allah selalu. Kalau ada lelaki yang sakit kan hati Naemah, bagi taw kat Alifah biar Alifah lenyek-lenyek lelaki tersebut sampai jadi lempeng.Eh, gurau jer.hehe.

Kepada si lelaki tersebut, janganlah menyakiti hati Naemah.Jaga dia elok-elok macam sebutir mutiara yang mahal harganya.


Moral of the story:

Bila kita bersahabat, kita mestilah pilih yang betul-betul secocok dengan kita.
Jika kita ingin menjadi seorang yang baik, berkawanlah dengan kawan-kawan yang baik dan elok akhlaknya.
Jika kita ingin berjaya, carilah kawan-kawan yang cemerlang supaya mereka dapat membimbing kita untuk menjadi orang yang berjaya.

Setakat ini sahaja, Alifah nak berceloteh. Perlukan tidur secukupnya supaya dapat bekerja dengan segar di pejabat pada esok hari.

Selamat membaca korang.^^

Wednesday, November 9, 2011

Pengalaman Pertama

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Malam ini tetiba rasa nak meluahkan sesuatu yang sudah lama Alifah pendam dari dulu lagi.
Pengalaman pertama Alifah yang Alifah pernah rasa.


Pengalaman pertama Alifah adalah pengalaman ber'couple'. Alifah start couple pada bulan Mei 2011 iaitu semasa cuti semester part 2. Alifah ber'couple' dengan seorang sahabat akrab Alifah.
Dia sememangnya seorang yang istimewa di hati Alifah.Alifah sayangkan dia sebagai seorang sahabat.


Dia adalah rakan sekolah Alifah semasa Alifah menuntut pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh di Penang. Dia ini sememangnya seorang yang warak. Seorang yang bersopan-santun, bijak, baik, hormat kedua ibu bapa dan penyayang. Sememangnya dia ini seorang yang istimewa di hati Alifah. Susah nak mencari seorang lelaki yang mempunyai perwatakan seperti dia pada zaman sekarang.


Sepanjang Alifah berkawan dengan dia selama 4 tahun, dia tak pernah menyakiti hati Alifah. Memang baik orangnya. Walaubagaimana pun, jodoh kami tidak berpanjangan disebabkan Alifah yang meminta untuk menjadi sahabat semula. Kami sempat ber'couple' dalam masa sebulan sahaja.


Hal ini disebabkan Alifah rasa tak tenang sepanjang ber'couple'. Mungkin Allah nak beri petunjuk. Sepanjang ber'couple', Alifah asyik mendengar ceramah mengenai 'Zina'.


Menurut apa yang Alifah dengar dalam ceramah adalah zina ini mempunyai banyak peringkatnya. Salah satunya adalah zina hati. Zina hati ini berlaku bila kita lalai disebabkan kita selalu teringatkan si dia dan terlupa untuk mengingati Allah.


Hal ini akan terjadi bila kita selalu membalas sms antara satu sama lain dan saling rindu merindui antara satu sama lain.


Hidup Alifah semakin tidak tenteram disebabkan pada ketika itu fikiran Alifah asyik terfikir mengenai zina hati.Lagi satu, Alifah tidak mahu terjebak dalam kegiatan zina walaupun sekecil-kecil zarah.Insya-Allah, Alifah akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang muslim yang soleh. Lagi satu fakor adalah kami ber'couple' untuk jarak jauh.
Dia di Penang, Alifah di Kelantan. Faktor jarak juga menyebabkan Alifah meminta untuk putus dengan dia. Apabila Alifah dapat tahu bahawa dia akan menyambung pelajaran di USM dalam bidang Geofizik, pada ketika itulah hati Alifah nekad untuk berpisah dengan dia. Bunyi macam kejam kan? Tapi hakikatnya Alifah percaya bahawa bila dia belajar di USM, dia akan berjumpa dengan orang yang lebih baik dari Alifah. Sebab itu Alifah minta putus dengan dia.


Lagi satu adalah, keluarga Alifah tidak merestui hubungan Alifah dengan si dia. Jadi, demi kebaikan bersama, Alifah minta putus dengan dia sebab berkat keluarga lebih penting dari segala-galanya.


Jadi, kepada si dia, Alifah meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sebab telah melukakan hati dan perasaaa awak. Alifah ingin mengucapkan terima kasih sebab masih sudi berkawan dengan Alifah dan sentiasa memberi kata-kata nasihat kepada Alifah ketika Alifah ditimpa dugaan. Terima kasih daun keladi. Terima kasih sebab melayan Alifah dengan baik dan Alifah mendoakan kejayaan awak di dunia dan akhirat. Semoga berjumpa jodoh yang lebih baik. Doakan juga kejayaan Alifah di dunia dan akhirat. Semoga persahabatan kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Amin.


P/S Alifah buat luahan hati ini bukanlah untuk memalukan si dia sebaliknya, untuk menyatakan bahawa si dia sememangnya istimewa di hati Alifah. Alifah rasa berharga untuk mempunyai seorang sahabat yang memahami dan menerima Alifah seadanya. Terima kasih sekali lagi dan semoga berjaya di USM.



Sunday, November 6, 2011

Semoga Cepat Sembuh

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Pagi semalam (05112011), selepas ayah saya balik dari pejabat di Kota Damansara, dia terus muntah-muntah. Pada mulanya kami ingatkan ayah saya terkena gastrik.


Bila sebut pasal gastrik, terus Alifah teringat dekat arwah adik Alifah (Siti Munibah). Arwah adik Alifah meninggal disebabkan masalah gastrik yang serius dan disebabkan muntah termasuk ke dalam paru-paru sehingga menyebabkan sesak nafas dan mati.


Berbalik kepada kisah ayah Alifah atau lebih mesra dikenali abuya (nama  gelaran 'ayah' dalam bahasa arab), abuya terus muntah dengan teruk. Banyak jugalah dia muntah. Time tue Alifah dengan Kakak sedang memotong bawang, serai, halia dan lain-lain lagi untuk persiapan raya. Manakala umi pula pada ketika itu sedang menggoreng ayam.


Dalam 3 kali juga lah abuya muntah-muntah dengan teruk dalam masa 2 jam sehingga badan abuya pun jadi lembik dan tidak bermaya. Selepas makan tengahari, umi bawa abuya pergi ke klinik. Tapi doktor di klinik suruh refer kes abuya di Hospital Sg Buloh.


Bila di bawa ke sana, doktor terus letakkan abuya di wad kecemasan dan abuya dimasukkan air. Sah-sah lah nampak keadaan kesihatan abuya tidak mengizinkan.


Doktor kemudian mengesyaki abuya terkena demam denggi. Pagi tadi selepas melawat abuya, doktor mengesahkan abuya terkena demam denggi disebabkan sel darah merah kurang dari sel darah putih.


Rasa kesian bila tengok abuya dikelilingi wayar yang berbelit di tangan dia. Hope abuya sembuh dengan cepat. Semoga abuya tabah dan kuat menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah.


P/s Alifah nak minta jasa baik kepada sesiapa yang baca blog ini supaya mendoakan kesihatan abuya. Semoga abuya sihat sejahtera seperti biasa.


         'Ya Allah, engkau kurniakan badan yang sihat kepada ayahku ini, Mohamad Mahir Saidi. Semoga Engkau kuatkan semangat dia untuk menghadapi segala ujian-Mu Ya Allah. Engkau murahkan lah rezeki kami sekeluarga dan berikanlah kami sekerluarga kebahagiaan di dunia dan akhirat, Berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat termasuk lah ayahku ini. Engkau panjangkanlah umur ayah ku ini dan ampunilah dosa-dosa ayahku ini dan berikanlah kami semua ini cahaya nur dan hidayah agar kami semua berada di landasan yang benar. Ya Allah, Engkau makbulkanlah doa ku ini. Kerana Engkau Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Kaya, Maha Pengampun lagi Maha Sempurna. Amin'




semoga abuya sembuh semula dan we all love u
p/s Hargailah keluarga kita sebelum mereka tiada.

Friday, November 4, 2011

Bersyukur

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang
 Selamat pagi semua,
macam mana hari korang pada hari ini?
Hari ini merupakan tarikh yang bersejarah kepada warga pelajar UiTM yang mengambil diploma dan pra-diploma.
Kenapa?
Sebabnya pada tarikh ini result final akan dikeluarkan.


Ouh Menarik  Giler (OMG)!



Result ini akan dipaparkan di I-student portal dan akan dihantar melalui e-mel masing-masing.
Bangun pagi-pagi terus pergi tengok e-mel.
Alhamdulillah, result Alifah meningkat.
Soal Dekan atau tidak, tolak ketepi.
Yang penting kita mengucapkan syukur 'alhamdulillah' kepada Allah kerana masih memanjangkan umur kita dan masih berupaya menghirup udara dengan badan yang sihat.
Di sini Alifah ingin mengucapkan terima kasih kepada Miss Norafefah yang mengajar subjek Forecasting, Miss Azimah yang mengajar subjek Statistical Method, Ustazah Azimah yang mengajar subjek Sains dan Teknologi dalam Islam, Miss Hairunisa yang mengajar subjek Bel (english), Miss Aini yang mengajar subjek Research Methodology, Miss Akma yang mengajar subjek Algebra dan tidak dilupakan kepada semua komander, cik puan dan tuan serta cikgu-cikgu dari brass band kerana sudi mengajar Alifah dan mendidik Alifah. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua. Syukran.

Hari ini confirm ramai pelajar UiTM yang akan post status mereka mengenai result. Ada yang akan post 'alhamdulillah, apa yang diusahakan membuahkan hasil' dan ada yang akan post 'result aku menurun tapi memang kene dengan aku sebab study tak betul-betul'.

Kepada yang dekan tue, Alifah ucapkan tahniah dan kekalkan pencapaian cemerlang anda biar dapat anugerah Vice Chanselor   (anugerah untuk sesiapa yang berjaya maintain dekan dari semester awal hingga akhir). Kepada yang tak dekan, insya-Allah berusaha, berdoa dan bertawakal selepas berusaha. Insya-Allah anda akan dapat apa yang diimpikan.

Ingatlah ini ujian Allah. Jangan rasa down bila kita tersungkur. Ingatlah ada orang yang kurang bernasib baik dari kita. Bila kita ditimpa ujian, hanya tempat Allah sahajalah yang kita boleh mengadu.

senyumlah walaupun kita tak rasa happy
P/s next semester Alifah kena berusaha lebih untuk dapat kan 4 flat. Doakan Alifah yek.^^


Thursday, November 3, 2011

Keputusan Kolej

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang
Hello semua,
Malam nie Alifah nak cakap pasal result kolej.
Ya, untuk pengetahuan semua pihak pengurusan kolej UiTM KELANTAN sudah pun mengeluarkan keputusan kolej dan RESULT nyer?
Saya, Siti Alifah Bt Mohamad Mahir tidak tercalon dalam senarai tersebut.
Rasa nak menangis pun ada, rasa nak menjerit pun ada...macam-macam lah yang tersirat dalam pemikiran.
But, alhamdulillah, bila balik dari kerja tadi, one of my JPK told me that they will try to make appeal for us as it is hard for us to involve in college's activities for next semester if we didn't get college.
actually, from bottom of my heart, when my Jpk inform me about this good news, I felt relieved and happy as they are willing to help us (for those secretariat college who didn't get college). Ya, mereka sanggup bersusah payah untuk membantu kami-kami, seketariat kolej untuk BERJAYA menduduki kolej. Rasa terharu sampai nak peluk mereka pun ada. *I know I'm using schema language in this blog when I try to write it in Malay.
Doakan Alifah berjaya untuk menduduki kolej. Semoga Allah memakbulkan doaku ini.Amin.
I will never get tired. Saya akan berfikiran positif setiap kali Allah menguji saya. Semoga saya kuat semangat dan tabah menghadapi semua cabaran di dunia ini. Insya-Allah. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat. Ok bye. *I have to prepare myself to mosque tonight for tazkirah event.See you soon.

Followers