Showing posts with label blog pilihan. Show all posts
Showing posts with label blog pilihan. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Contest Blogger Idol by Achie & Eyda

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Hai, semua.
Hari ini Alifah nak hebohkan mengenai pertandingan blogger yang dianjurkan oleh Achie & Eyda. Boleh lah singgah di Insanberlagakmatang.blogspot.com



Syarat-syarat contest ini adalah:

  • Buat satu entry yang bertajuk 'Contest Blogger Idol by Achie & Eyda' beserta picture di atas dan juga link blog tersebut.
  • Buat satu entri yang ringkas mengenai siapa blogger idaman anda dan kenapa memilih mereka sebagai inspirasi. Tak lupa juga untuk masukkan matlamat anda dalam blogging untuk masa sekarang dan yang akan datang.
  • Boleh juga untuk meletakkan blogger kesayangan anda.
  • Follow blog Achie dan Eyda untuk mendapat info-info terkini mengenai pertandingan ini.
  • Kemudian, tag sekurang-kurangnya 2 orang dan pastikan mereka ini sudah pun dimaklumkan mengenai tag ini.
  • Tinggalkan link di bawah komen blog ini.
  • Pemenang akan dipilih oleh penganjur dan akan dipilih berdasarkan gaya tulisan anda yang tersendiri.
Tempoh pertandingan ini akan berlangsung selama tiga minggu iaitu dari 11112011 hingga 01122011. Pemenang akan diumukan pada 03122011.
Jadi, jangan ketinggalan untuk join pertandingan ini. Hadiah  menarik ditawarkan.


Blogger Pilihan Alifah:

Bila kawan Alifah memperkenalkan dunia blog,Alifah tertanya-tanya apa itu blog? Macam mana nak buat blog? Susah ke nak buat blog? Apa topik yang patut kita bincang dalam blog kita?

Pintu hati Alifah terbuka untuk menceburi dunia blogging apabila Alifah membaca blog kak Syerah. Memang hati Alifah tertarik lah baca blog dia. 

Macam mana Alifah boleh kenal blog sherahxoxo.blogspot.com?
Well, kawan Alifah iaitu Atira Arifin yang memperkenalkan blog ini kepada Alifah. Time tue blog kak Syerah masuk dalam Majalah Remaja.

Apa keistimewaan yang terdapat dalam blog kak Syerah?
Untuk pengetahuan semua, blog kak Syerah memang menarik untuk dibaca. Kak Syerah selalu menceritakan mengenai kehidupan beliau di UKM (sekarang kak Syerah dah jadi ex Ukm), kehidupan warna warni family beliau termasuk anak saudara kembarnya, tips-tips untuk memakai selendang dan macam-macam lagi.

Beliau juga pernah muncul di program tv di TV9 mengenai Impak Fashion Blogger terhadap Remaja. Selain itu, beliau juga mempunyai fanpage di facebook iaitu Syerah's blog.

Selama ini Alifah hanyalah menjadi silent reader untuk blog kak Syerah sehinggalah ada seorang kawan Alifah bertanya,' Alifah, bila nak buat blog?'. Semenjak itu, Alifah terfikir jugak untuk membuat blog dan akhirnya pada akhir tahun 2010 Alifah start buat blog yang baru. Blog SupersomethingAlifah.blogspot.com merupakan blog yang pertama Alifah ada. Dan blog sekarang ini merupakan blog yang kedua dan ditubuhkan pada bulan November 2011.

Sorry, kak Syerah sebab amik picture ini tanpa kebenaran
Jadi, Kak Syerah ini lah merupakan inspirasi Alifah untuk menulis blog sebab blog Kak Syerah bukanlah sekadar blog biasa. Ianya lain dari yang lain.

Matlamat Alifah dalam Dunia Blogging

Bila sebut mengenai matlamat Alifah dalam dunia blogging adalah untuk mencari network dengan semua blogger di Malaysia. Why?

Secara jujurnya bila kita sudah mempunyai network yang ramai, mudahlah untuk kita berinteraksi antara satu sama lain, bertukar idea, malah boleh juga untuk membuat bisnes di dunia blog seperti Hanis Zalikha, Nanirostam, Irene Nadia dan Redmummy.

Jadi, bila dah ada network yang ramai, boleh lah kita semua menjalin hubungan silaturahim antara satu sama lain. Who knew that 1  of us will get married after know each other from blogging? Yeah, do you get what I mean? Jadi matlamat Alifah dalam dunia blogging adalah untuk mencari network blogger yang ramai. Kenapa?

Dunia blogging diciptakan untuk berkongsi matlumat bukannya berkongsi fitnah antara satu sama lain. Malah dunia blogging boleh digunakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di Malaysia tanpa perasaan diskriminasi antara satu sama lain.

P/s Jom join pertandingan ini, boleh dapat ramai kawan.Plus dapat peluang untuk menang hadiah.




Saya tag:


Rara
Farrah Yong

Selamat Membaca semua.

Thursday, November 3, 2011

Blog Pilihan Saya

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang
Entri kali ini saya akan bercakap mengenai blog pilihan Alifah.
Setiap kali Alifah bosan and tak tahu nak buat apa, selalunya Alifah akan baca semua blog-blog yang menjadi pilihan Alifah.
Blog-blog pilihan Alifah nie memang best and tak jemu di baca.
Blog pilihan Alifah nie bukanlah seperti blog picisan biasa, tetapi mengandungi pelbagai informasi yang berguna.
Memang best.*Maaf kalau bahasa skema sangat.
Bahasa yang digunakan juga mantap dan bergaya serta tersendiri.
Blog mereka bukanlah blog biasa yang kita baca tue, blog mereka lain dari yang lain.
 Inilah dia blog-blog yang menjadi pilihan Alifah setiap kali blogwalking.




                               BLOG-BLOG PUJAAN HATIKU
Hanis Zalikha
Blog pertama yang saya baca adalah blog kak Hanis Zalikha iaitu, Inibelogsaya.blogspot.com.
Gadis berketurunan jawa ini baru sahaja genap 21 tahun pada bulan oktober lepas.
Kak Hanis sentiasa menyediakan entri yang penuh dengan informasi malah keknis (nama manja) pernah dinobatkan sebagai Best Celebrity Blog Awards yang dianjurkan oleh Nuffnang. Satu pencapaian yang membanggakan. Malah pada tahun 2010, keknis juga pernah menjadi perhatian media disebabkan keknis berjaya mengatasi Penyanyi Nombor Satu Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dalam carian Google. Kalau tak percaya boleh lah tengok pada gambar di bawah.


Klik untuk besarkan
Keknis mula menceburi bidang blogger selepas memasuki sebuah pertandingan pencarian model di Malaysia.*saya tak pasti nama pertandingan tersebut.
Keknis menceburi bidang blogger selepas disuruh oleh ibunya, Nani Rustam untuk berblog.
Mungkin berkat doa ibunya, akhirnya Keknis menjadi blogger yang paling famous di Malaysia.
Dah lah cantik, bijak pulak tue dengan pointer 3.9 ke atas setiap semester.Mak Keknis and her other siblings pun ada blog jugak taw.
*saya jadikan keknis sebagai inspirasi dalam dunia blogging.

Keknis cantik =)

Next,
Blog Doktor Gigi besi *sekarang dah tak pakai braces
Fatin Liyana yang cantik
Ini lah dia bakal doktor cantik yang merupakan seorang blogger yang tegar dan kak FL nie pun model juga sama macam Keknis. Kak FL sekarang nie sedang mengikuti pengajian perubatan di UKM cawangan Kuala Lumpur dan FL sekarang berusia 23 tahun.
Kak FL pernah mengikuti pengajian perubatan di Bandung, Indonesia selama 3 tahun dan menyambung pelajaran di UKM selama 3 tahun lagi.
Kalau baca dalam blog Kak FL, kebanyakan isi blog berkisahkan mengenai kehidupan FL, pendapat beliau dan tips-tips mengenai fashion dan kesihatan.
Kak FL nie dah lah cantik, bijak, bergaya malah seorang yang suka benda-benda yang kawaii..
merupakan seorang peminat tegar J-pop.
Baca blog kak FL nie memang tak akan jemu lah. trust me. cuma sekarang Kak FL semakin jarang update blog dye sebab dye busy.*setiap hari pergi blog dye untuk baca latest post yg dipost oleh kak FL ^^

Seterusnya,
kepada sesiapa yang meminati budu dan belacan, mai lah baca blog ini.
blog kak anna sue nie memang ohsem.

Kak Anna yang pakai speck tue.
Kalau sesiapa nak jadi matang, boleh lah baca blog kak Anna. Kak Anna sentiasa meluahkan pendapat beliau mengenai hal-hal isu semasa. Malahan Kak Anna pernah mempunyai studio sendiri untuk photoshoot. Serius gambar yang Kak Anna ambil semua nyer cantik-cantik blako..
tak jemu mata memandang sebab gambar yang diambil oleh Kak Anna penuh dengan emosi dan art. Hanya kepada sesiapa yang faham sahaja akan nampak art disebalik gambar yang diambil oleh Kak Sue.
Kalau nak taw lebih lanjut, jemput lah baca blog Kak Anna.memang terbaik.

Next,
blogger yang baru sahaja meningkat naik iaitu Kak namee roslan yang cantik.
Namee Roslan
blog akak nie memang best sebab nyer akak nie selalu mengupas mengenai pendapat beliau tentang hal sekeliling. Contoh seperti behavior lelaki. Kak Namee baru sahaja melangkah ke alam blogger pada awal tahun 2011 dan Alifah dapat melihat potensi blog Kak Namee untuk menjadi hit seperti blog @hanis zalikha .
Memang tak akan jemu membaca semua post yang dipost oleh Kak Namee. sebab topik-topik yang dikupaskan adalah mengenai isu sekeliling yang terjadi dalam masyarakat kita. Happy readings ye korang.

Blog yang terakhir adalah,

Cik Epal
Cik Epal ngojeng nie merupakan peminat nombor satu Shaheizy Sam.
Cik Epal and Shaheizy Sam
Alifah setiap hari wajib baca blog kak cik epal sebab kak cik epal rajin update blog dia.
Kalau nak tahu mengenai latest movie pun Alifah akan baca blog dari dia sebab kak cik Epal selalu dapat invitation ke preview movie dari nuffnag.Best kan.Kalau nak tahu mengenai blog dia, baca lah selalu.

Conclusion: setelah Alifah berehat selama beberapa bulan dari dunia blog and menjadi silent readers untuk semua blog Alifah jenguk, Alifah dapati bahawa bila kita menjadi blogger,kita mesti lah menghasilkan sebuah karya yang berguna untuk semua pembaca. Blog diciptakan bukan untuk melepaskan amarah kita terhadap orang lain. Malah bukan untuk menyebarkan fitnah semata-mata untuk agenda kita sendiri. Blog merupakan suatu komuniti yang selalu share mengenai pendapat kita dan bila kita share pendapat kita, kita akan sentiasa berkongsi maklumat antara satu sama lain. Secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturahim.

BLOG DICIPTAKAN BUKAN UNTUK MENGHANCURKAN HUBUNGAN KOMUNITI SEBALIKNYA MENJALINKAN DAN MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA BLOGGER.

p/s saya akan update blog pilihan saya untuk entri yang seterusnya.











Followers