Wednesday, December 28, 2011

PERANAN SAHABAT

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang
Hai semua.
Lama Alifah tak update blog.Being busy with my life as a student.
I may not a good student but I try my best to be the best among the best.
Sekarang nie,Alifah sedang bercuti mid-term.yeah.sungguh skema bahasa yang digunakan.Kemungkinan ini kerana kesan dari Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang telah dijalankan di Agro Resort di Setiu,Terengganu yang berlangsung pada 22 Disember 2012 hingga 24 Disember 2012.Pengalaman berada di sana sungguh mengasyikkan malah merapatkan hubungan kami semua sebagai bakal pemimpin. Yang jauh dirapat-rapatkan yang dekat bertambah erat.Topik ini akan dibincangkan untuk topik yang seterusnya.


Baru-baru ini Alifah dikejutkan dengan isu gay dan lesbian yang semakin berleluasa.Masih ingat student Malaysia yang dikatakan hilang iaitu Arif Alfian Rosli yang kisahnya sekarang ini hangat diperkatakan apabila telah berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris bernama Jonathan di sebuah gereja.Isu ini masih hangat diperkatakan kerana hubungan seks songsang ini melanggar fitrah manusia dan fitrah agama.



 Adakah kita perlu berdiam diri atau mengutuk perbuatan mereka?Bagi Alifah, kita sebagai sahabat perlu menolong mereka.Hal ini disebabkan nafsu songsang berpunca dari penyakit dalaman sendiri iaitu kurangnya perasaan kerohanian terhadap diri kita. Janganlah kita mencerca mereka,mencaci mereka dan membenci mereka.Masalah tak akan selesai jika kita membenci mereka malah mereka akan menjauhi dari kita dan ini yang akan menyukarkan diri mereka untuk berubah.

Kita sebagai sahabat mereka perlu menolong golongan ini untuk kembali semula ke pangkal jalan. Cara bagaimana?Dengan memberi nasihat yang berhikmah.Memberi nasihat yang berhikmah juga memerlukan skill tersendiri untuk memastikan nasihat yang disampaikan itu menusuk kalbu mereka.Mereka juga mempunyai perasaan sebab mereka juga manusia macam kita juga.

Selain itu, kita boleh memberi sokongan kepada mereka jika mereka mahu berubah.Jangan sesekali menghentikan usaha mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik.Ingatlah kita semua juga mahu berjaya di dunia dan akhirat sama seperti mereka juga.Peranan kita adalah dengan memberi mereka keyakinan bahawa mereka boleh berubah ke arah lebih baik.Insya-Allah,jika kita berniat untuk menolong orang,Allah akan membantu kita dan memudahkan kerja kita.Amin.

Kita juga mesti berdoa agar golongan sebegini  mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah supaya mereka dapat kembali ke arah kebaikan.Ingatlah doa itu merupakan senjata orang Islam.Berdoa selagi kita mampu dan Allah itu maha mendengar.Alifah sentiasa berdoa supaya kawan-kawan Alifah dan keluarga Alifah sentiasa menerima hidayah dan petunjuk Allah.Alifah sayangkan kawan-kawan Alifah seperti keluarga sendiri.

Semoga mereka menerima hidayah dan berubah ke arah kebaikan.Sama-sama lah kita doakan.Amin.Semoga Allah memudahkan usaha kita.





No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers