Friday, February 1, 2013

Selamat Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Hai selamat pagi,selamat tengahari,selamat petang dan selamat malam kepada para pembaca. Hari ini hari jumaat dan hari ini cuti bagi wilayah persekutuan. Yeah seronoknya cuti! Kalau boleh hari-hari nak cuti,tapi gaji berjalan.Haha.Ada ke job senang macam tue?

Kepada para pembaca yang tidak tinggal mahu pun menetap atau bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan, selamat bekerja yek. Kepada para pembaca yang tinggal mahu pun menetap mahu pun bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan,gunakanlah masa cuti ini untuk meluangkan masa sedikit dengan keluarga kita. Yang dekat didekat-dekatkan,yang jauh di dekatkan lagi. Wah gituuu lah apa yang kak Alipah nak ajar kepada para pembaca semua.

Topik yang akan akak Alipah cakap pada hari ini adalah mengenai pentingnya meluangkan masa dengan family. Kenapa? Cuba dengar dulu lagu Maher Zain nie dulu.

Sweet kan lagu nie. Sebab tue kita patut bersyukur sebab negara Malaysia banyak cuti dan masa cuti nie lah kita boleh gunakan untuk meluangkan masa kita menyelami suka duka gembira sedih untuk mecipta kenangan terindah dengan keluarga. Menjadi "workaholic" tidak salah namun berpada-pada lah. Sebab family tidak boleh diganti. So, apa plan cuti hari ini?

Kak Alipah plan nak duduk rumah,tolong mak kemas rumah,bunuh lemak di badan dengan excercise,mandikan kucing serta menonton K-Drama. Selamat Hari Wilayah Persekutuan semua. Saya sayang Kuala Lumpur.


P/S  Psst. Kepada sesiapa nak drop link blog di bawah ini pun saya alu-alukan. Saya akan cuba membaca semua blog sesiapa sahaja.Thanx



No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers