Wednesday, November 9, 2011

Pengalaman Pertama

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Malam ini tetiba rasa nak meluahkan sesuatu yang sudah lama Alifah pendam dari dulu lagi.
Pengalaman pertama Alifah yang Alifah pernah rasa.


Pengalaman pertama Alifah adalah pengalaman ber'couple'. Alifah start couple pada bulan Mei 2011 iaitu semasa cuti semester part 2. Alifah ber'couple' dengan seorang sahabat akrab Alifah.
Dia sememangnya seorang yang istimewa di hati Alifah.Alifah sayangkan dia sebagai seorang sahabat.


Dia adalah rakan sekolah Alifah semasa Alifah menuntut pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh di Penang. Dia ini sememangnya seorang yang warak. Seorang yang bersopan-santun, bijak, baik, hormat kedua ibu bapa dan penyayang. Sememangnya dia ini seorang yang istimewa di hati Alifah. Susah nak mencari seorang lelaki yang mempunyai perwatakan seperti dia pada zaman sekarang.


Sepanjang Alifah berkawan dengan dia selama 4 tahun, dia tak pernah menyakiti hati Alifah. Memang baik orangnya. Walaubagaimana pun, jodoh kami tidak berpanjangan disebabkan Alifah yang meminta untuk menjadi sahabat semula. Kami sempat ber'couple' dalam masa sebulan sahaja.


Hal ini disebabkan Alifah rasa tak tenang sepanjang ber'couple'. Mungkin Allah nak beri petunjuk. Sepanjang ber'couple', Alifah asyik mendengar ceramah mengenai 'Zina'.


Menurut apa yang Alifah dengar dalam ceramah adalah zina ini mempunyai banyak peringkatnya. Salah satunya adalah zina hati. Zina hati ini berlaku bila kita lalai disebabkan kita selalu teringatkan si dia dan terlupa untuk mengingati Allah.


Hal ini akan terjadi bila kita selalu membalas sms antara satu sama lain dan saling rindu merindui antara satu sama lain.


Hidup Alifah semakin tidak tenteram disebabkan pada ketika itu fikiran Alifah asyik terfikir mengenai zina hati.Lagi satu, Alifah tidak mahu terjebak dalam kegiatan zina walaupun sekecil-kecil zarah.Insya-Allah, Alifah akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang muslim yang soleh. Lagi satu fakor adalah kami ber'couple' untuk jarak jauh.
Dia di Penang, Alifah di Kelantan. Faktor jarak juga menyebabkan Alifah meminta untuk putus dengan dia. Apabila Alifah dapat tahu bahawa dia akan menyambung pelajaran di USM dalam bidang Geofizik, pada ketika itulah hati Alifah nekad untuk berpisah dengan dia. Bunyi macam kejam kan? Tapi hakikatnya Alifah percaya bahawa bila dia belajar di USM, dia akan berjumpa dengan orang yang lebih baik dari Alifah. Sebab itu Alifah minta putus dengan dia.


Lagi satu adalah, keluarga Alifah tidak merestui hubungan Alifah dengan si dia. Jadi, demi kebaikan bersama, Alifah minta putus dengan dia sebab berkat keluarga lebih penting dari segala-galanya.


Jadi, kepada si dia, Alifah meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sebab telah melukakan hati dan perasaaa awak. Alifah ingin mengucapkan terima kasih sebab masih sudi berkawan dengan Alifah dan sentiasa memberi kata-kata nasihat kepada Alifah ketika Alifah ditimpa dugaan. Terima kasih daun keladi. Terima kasih sebab melayan Alifah dengan baik dan Alifah mendoakan kejayaan awak di dunia dan akhirat. Semoga berjumpa jodoh yang lebih baik. Doakan juga kejayaan Alifah di dunia dan akhirat. Semoga persahabatan kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Amin.


P/S Alifah buat luahan hati ini bukanlah untuk memalukan si dia sebaliknya, untuk menyatakan bahawa si dia sememangnya istimewa di hati Alifah. Alifah rasa berharga untuk mempunyai seorang sahabat yang memahami dan menerima Alifah seadanya. Terima kasih sekali lagi dan semoga berjaya di USM.



2 comments:

  1. sabar la k ? tu semua ada hikmah nyaa ;)

    ReplyDelete
  2. hehe,kisah nie dah lama dah kak.insya-Allah Alifah akan sabar.

    ReplyDelete

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers