Tuesday, November 8, 2011

i-City

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Pada 07112011, Alifah dengan adik-beradik yang lain pergi ke i-City, Shah Alam setelah keadaan abuya kembali pulih dan dibenarkan pulang dari Hospital Sg Buloh.
  
Lokasi i-City terletak di Shah Alam dan berhampiran sahaja dengan UiTM Shah Alam. Perjalanan dari Bandar Sri Damansara ke i-City hanya memakan masa 34 minit sahaja jika melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang.


klik untuk tumbesaran
Pada malam kejadian, abang Alifah,  Toriq tersilap lorong semasa melalui NKVE. Dia tersilap memilih lorong ke Kuala Lumpur pada hal sepatutnya kena lalu di lorong Shah Alam dan Petaling Jaya. Mujur banyak alternatif lain. Jadi kami terus ke Kuala Lumpur-Shah Alam dan melalui beberapa tol. Kalau dah tersilap pilih lorong, confirm memang kena banyak lalu tol sebab jalan di Kuala Lumpur nie berbelit-belit.





Pemandangan i-City dari tepi jalan

Tertarik dengan ayat iklan Maxis


Driver kami , Toriq
Alhamdulillah, setelah tersilap pilih lorong, kami semua sampai juga di i-City. Sebelum masuk di i-City, setiap pengunjung mestilah mengambil tiket parking dan tiket parking itu akan di cas mengikut jam.*kalau tak silap Alifah.






Bila sampai di i-City, Alifah mesmerized dengan pembangunan pesat yang berlaku di i-City. Ye lah dah setahun tak pergi i-City. Tahun lepas pergi i-City pun pada tahun 2010 (semasa raya ke-2 atau raya ke-3). Dulu pada tahun 2010, cuma ada pokok-poko yang berlampu disertakan dengan pameran dinosaur pada waktu ketika itu. Bila melihat perkembangan pesat di i-City, Alifah baru sedar yang masa berlalu dengan pantas. And baru sedar yang yang Alifah sudah pun berumur 19 tahun.*sigh.

Nak tahu tak apa yang ada di i-City?
JOM kita explore.

Pokok-pokok yang berwarna-warni














Snowalk











Snowalk ini baru dibuka pada tahun ini. Konsep nya sama sahaja macam di Genting Highlands dengan rumah snow semua tue. Harga tiket dalam lingkungan antara RM 25 hingga RM30. Alifah dan sadik-beradik yang lain tak pergi pun Snowalk sebab kami semua tak bawa duit dalam jumlah yang besar sebab ingat i-City, ingat bergambar sahaja. Jadi ternganga jer lah mulut tengok orang main salji kat Snowalk. Kalau tengok picture di atas, mesti korang tertanya-tanya sebab apa ramai orang tadah tangan? Sebab kat atas siling ada mesin salji yang menghasilkan salji. Jadi, disebabkan Malaysia tidak mempunyai musim sejuk, ramai lah orang berebut-rebut untuk merasai kesejukan ais buatan manusia. Alifah rasa seronok pula berebut-rebut ais dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Itulah yang specialnya tentang Malaysia.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai niat untuk bermain salji di Snowalk, anda boleh lah bergambar sakan di dalam sana. Dalam Snowalk pun ada pokok-pokok yang berwarna-warni disertakan replika kereta Cinderella yang famous dalam kisah dongeng kanak-kanak. Jadi boleh lah feeling-feeling macam kanak-kanak Ribena walaupun korang semua nie dah tua bangka.

Ada Games macam Funfair






























Warna-warni i-City ditambah lagi dengan ada nya fun fair di situ. Bagi Alifah, fun fair separuh siap  sahaja sebab games yang disediakan masih kurang dan kemungkinan tahun depan baru best nak main fun fair di i-City.

Bagi sesiapa yang ingin releasekan tension boleh lah pakat ramai-ramai pergi i-City dan main game tembak-tembak atau tumbuk-tumbuk untuk kurangkan hormon stress.

Setiap games nie ada lah token yang dikenakan dengan harga yang telah ditetapkan. Bagi sesiapa yang berjaya melengkapi syarat-syarat dalam games yang sudah ditetapkan boleh lah membawa pulang permainan yang comey seperti teddy bear di atas.

Basikal Couple








Semasa meronda-ronda di area i-City, kami ternampak sekumpulan manusia berkumpul di satu tempat. Kami semua pun duk usha apa benda yang menyebabkan ramai pengunjung beratur di situ. Rupa-rupanya ada basikal couple yang dibina di atas landasan seperti roller coaster. Menariknya, basikal couple nie boleh memuatkan dua orang sahaja. Sambil berbasikal, sambil itu korang bolehlah mendengar lagu-lagu kegemaran korang. Dari genre balada hinngalah ke genre rock. Memang menarik. Bayaran yang dikenakan juga agak berpatutan.

Konsep basikal couple nie sama sahaja dengan konsep couple boat. Function basikal couple nie  adalah sambil korang mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain (especially kepada suami isteri), korang bolehlah mendengar lagu-lagu yang digemari sambil menikmati pemandangan yang cantik di i-City. Menarik kan?


 Tempat Untuk Mengasah Bakat dalam Photography




















































































Bagi sesiapa yang ingin mengembangkan bakat mereka dalam photography boleh lah pergi ke i-City. Orang baru nak belajar macam Alifah juga masih terkial-kial untuk menangkap gambar yang terbaik di i-City.

i-City nie bukan sahaja tempat hiburan untuk semua orang. Tetapi ia juga merupakan tempat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Selain itu, sebagai tempat untuk share ilmu. Tak semestinya ilmu yang kita pelajari hanya diperoleh di kelas, malah di tempat-tempat sebegini juga kita mampu menerima ilmu melalui pengamatan kita dan dari orang lain.

Jadi, pakat lah beramai-ramai pergi ke i-City. Banyak benda-benda yang menarik ada di situ.
Jom kita melawat kawasan-kawasan menarik di Malaysia.



P/S I do really need to lose my weight. al-maklumlah cuti. Jadi kerja asyik makan tido jer. I feel ashamed with myself as I look big. Baru semalam jer sedar yang diri ini sudah gemuk.*sigh






No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers