Sunday, November 6, 2011

Semoga Cepat Sembuh

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Pagi semalam (05112011), selepas ayah saya balik dari pejabat di Kota Damansara, dia terus muntah-muntah. Pada mulanya kami ingatkan ayah saya terkena gastrik.


Bila sebut pasal gastrik, terus Alifah teringat dekat arwah adik Alifah (Siti Munibah). Arwah adik Alifah meninggal disebabkan masalah gastrik yang serius dan disebabkan muntah termasuk ke dalam paru-paru sehingga menyebabkan sesak nafas dan mati.


Berbalik kepada kisah ayah Alifah atau lebih mesra dikenali abuya (nama  gelaran 'ayah' dalam bahasa arab), abuya terus muntah dengan teruk. Banyak jugalah dia muntah. Time tue Alifah dengan Kakak sedang memotong bawang, serai, halia dan lain-lain lagi untuk persiapan raya. Manakala umi pula pada ketika itu sedang menggoreng ayam.


Dalam 3 kali juga lah abuya muntah-muntah dengan teruk dalam masa 2 jam sehingga badan abuya pun jadi lembik dan tidak bermaya. Selepas makan tengahari, umi bawa abuya pergi ke klinik. Tapi doktor di klinik suruh refer kes abuya di Hospital Sg Buloh.


Bila di bawa ke sana, doktor terus letakkan abuya di wad kecemasan dan abuya dimasukkan air. Sah-sah lah nampak keadaan kesihatan abuya tidak mengizinkan.


Doktor kemudian mengesyaki abuya terkena demam denggi. Pagi tadi selepas melawat abuya, doktor mengesahkan abuya terkena demam denggi disebabkan sel darah merah kurang dari sel darah putih.


Rasa kesian bila tengok abuya dikelilingi wayar yang berbelit di tangan dia. Hope abuya sembuh dengan cepat. Semoga abuya tabah dan kuat menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah.


P/s Alifah nak minta jasa baik kepada sesiapa yang baca blog ini supaya mendoakan kesihatan abuya. Semoga abuya sihat sejahtera seperti biasa.


         'Ya Allah, engkau kurniakan badan yang sihat kepada ayahku ini, Mohamad Mahir Saidi. Semoga Engkau kuatkan semangat dia untuk menghadapi segala ujian-Mu Ya Allah. Engkau murahkan lah rezeki kami sekeluarga dan berikanlah kami sekerluarga kebahagiaan di dunia dan akhirat, Berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat termasuk lah ayahku ini. Engkau panjangkanlah umur ayah ku ini dan ampunilah dosa-dosa ayahku ini dan berikanlah kami semua ini cahaya nur dan hidayah agar kami semua berada di landasan yang benar. Ya Allah, Engkau makbulkanlah doa ku ini. Kerana Engkau Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Kaya, Maha Pengampun lagi Maha Sempurna. Amin'




semoga abuya sembuh semula dan we all love u
p/s Hargailah keluarga kita sebelum mereka tiada.

No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers