Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Selamat Hari Raya Aidil Adha.



Bangun pagi-pagi, terus check e-mail, facebook and twitter.
Bila tengok ramai orang post mengenai Hari Raya Aidiladha, baru Alifah teringat yang esok (06112011) umat islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Korban.


Bila sebut Hari Raya Korban, semua orang akan mengimbau kenangan mereka semasa kecik kecik dahulu. Ya, pada waktu itu lah zaman yang paling indah untuk kita semua, iaitu zaman kanak-kanak.


Zaman kanak-kanak Alifah kebanyakannya dipenuhi dengan kenangan bermain panjat pokok, main mak-mak, main nenek kebayan, game ice fire, main anak patung dan bermacam-macam lagi. Bila Hari Raya Korban, hormon kanak-kanak pun akan meningkat disebabkan keterujaan masing-masing untuk melihat lembu, kambing, unta dan haiwan korban yang lain disembelih di depan mata mereka sendiri.


Alifah pun tak pernah melepaskan peluang untuk melihat haiwan korban disembelih di depan mata. Lagi bertambah teruja bila melihat ragam-ragam haiwan korban tersebut sebelum mereka disembelih.


Semasa Alifah berumur dalam lingkungan 5 atau 6 tahun, kawasan perumahan Alifah buat lah program  sembelih lembu. Dah nama pun Hari Raya Korban, mestilah ada acara korban kan. Nak dijadikan cerita, ada lah beberapa ekor lembu yang akan disembelih. Dalam banyak-banyak lembu, adalah lembu putih yang besar. Lembu tersebut lebih besar dari lembu-lembu yang lain.


Dipendekkan cerita, lembu putih tersebut menjadi haiwan korban yang terakhir. Sewaktu tukang sembelih nak kelar leher lembu putih tersebut, berlaku lah sesuatu yang tidak diingini.


Nak tahu apa yang berlaku?
Lembu putih tersebut kentut. Dah lah bunyi kentut tue kuat lepas tue bau busuk yang teramat sangat. Sampai semua orang bertempiaran lari dari padang ke rumah masing-masing. Tukang sembelih pun lari sambil cakap ' busuk betul lembu tue kentut, nie mesti nak tinggalkan wasiatnyer yang terakhir'. 


Selang beberapa minit dalam lebih kurang 30 minit kemudian, upacara sembelih lembu tersebut disambung semula. Itu pun setelah bau kentut lembu tersebut hilang. Alhamdulillah, upacara sembelih lembu tersebut selamat dijalankan dan jiran-jiran kawasan perumahan juga bergotong-royong memasak daging korban dan mengagihkan sesama mereka.


Bila teringat peristiwa lembu kentut, Alifah akan tergelak disebabkan itu lah pengalaman paling lucu yang pernah Alifah alami sepanjang Hari Raya Korban. The End.


Bila kita sebut Hari Raya Korban, tentu ramai yang akan menyebut mengenai pengorbanan. Malah drama-drama yang ditayangkan di tv semasa raya, juga memaparkan konsep pengorbanan.


Hari Raya Korban menyingkap semula kisah Nabi Ibrahin yang diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail. Tujuan Allah mengeluarkan perintah ini adalah bertujuan untuk menguji tahap keimanan, kesabaran dan taatnya pada perintah Allah terhadap Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.


Berkat kesabaran dan ketabahan mereka mematuhi perintah Allah, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas yang gemuk dan sihat untuk dijadikan korban.


Hikmah dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kita dapat rungkaikkan bahawa untuk menjadi seorang yang berjaya, kita mestilah bersabar, tekun, bersemangat, sentiasa berfikiran postif dan taat kepada perintah Allah. Itu lah hikmah Hari Raya Korban.
Untuk menjadi umat manusia yang berjaya di dunia dan akhirat, kita mestilah banyak berkorban.


Berkorban dari segi macam mana?
Berkorban dari segi tenaga, masa, wang dan sebagainya.Pada masa ini lah kita kena bermuhasabah diri. Renung-renungkan dan selamat beramal. 


Sempena Hari Raya Korban yang bakal berlangsung pada 06112011, Alifah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada keluargaku tercinta, sahabat handai, jiran tetangga dan kepada sesiapa yang mengenal diri ku ini.


Terima kasih sudi membaca blog Alifah.^^


Sedapnyer kalau lembu nie jadi daging korban







No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers