Wednesday, November 16, 2011

Diskriminasi

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Bangun jer pagi, terus terfikir nak buat  tulis apa di blog. Sambil bernyanyi di bathroom dengan girang, terus dapat idea untuk menulis mengenai diskriminasi. Ouh yeah, terbaiklah.


Tajuk 'Diskiriminasi' menjadi pilihan Alifah untuk term paper Bel semester 3.Alhamdulillah dapat result yang okey lah.Jadi Alifah terfikir untuk berkongsi maklumat mengenai isu-isu diskriminasi.


Masyarakat Malaysia hidup dalam kalangan masyarakat yang berwarna warni di mana populasi rakyat Malaysia diduduki oleh pelbagai bangsa, agama, warna kulit dan fahaman yang berbeza. Diskriminasi boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Di negara kita, kes diskriminasi yang berlaku hanyalah sedikit sahaja. Hanya dalam jumlah yang kecil dilaporkan berlaku  tidak seperti yang berlaku di negara luar.


Mengikut Longman Dictionary Third Edition, diskriminasi boleh ditafsirkan sebagai layanan yang diberikan berlainan terhadap seseorang disebabkan mempunyai kelainan seperti agama, jantina dan warna kulit.
Diskriminasi juga dianggap sebagai layanan yang tidak adil berdasarkan prinsip 'setiap manusia berhak menerima hak dan peluang yang sama rata.


Ingat lagi undang-undang di Perancis yang melarang untuk umat islam di sana terutamanya wanita untuk berburqa (face veil). Jika didapati berburqa, polis mempunyai hak untuk menyaman mereka dan mereka yang dikenakan saman dikehendaki untuk membuka burqa dengan kadar yang segera. Ini merupakan diskriminasi agama berbentuk undang-undang di sana.


Selain itu, dahulu di Kemboja ketika negara tersebut dikuasai oleh komunis, umat islam di sana di larang untuk mengerjakan ibadah seperti solat lima waktu. Jika didapati beribadah, mereka akan dibunuh atau pun dipancung. Malah masjid-masjid di sana dibakar dan dijadikan ladang babi di sana. Pak Imam yang dahulunya mengimam orang untuk solat pula dilantik untuk menjadi tukang jaga babi untuk ladang babi di sana. Selain itu, para tahfiz yang mahir membaca al-Quran dan manghafal ayat al-Quran dibunuh dan mayat mereka dicampak beramai-ramai di sungai. Bagi orang yang bijak pandai pula akan dibunuh kerana dikhuatiri akan menggugat kedudukan komunis di sana sehinggakan mereka yang memakai cermin mata pun akan dibunuh sebab cermin mata merupakan lambang 'kebijaksanaan' pada ketika dahulu. Impaknya, ramai umat islam di Kemboja buta huruf dan tidak tahu melaksanakan ibadah dengan sempurna. Jadi, kita mestilah bersyukur kerana dikurniakan negara yang harmoni.


Ingatkah anda pada bulan puasa baru-baru ini, di mana kaum Uighur dilarang oleh kerajaan China untuk melaksanakan ibdah puasa. Sesiapa yang menunaikan ibadah terawih akan ditangkap. Malah, sesiapa yang berpuasa akan dipecat dari kerja dan sesiapa yang makan makanan yang disediakan oleh pihak syarikat pada waktu tengahari akan diberikan bonus. Tetapi jika enggan, mereka akan dipecat. Selain itu, restoran-restoran muslim diwajibkan untuk dibuka pada siang hari. Ini lah diskriminasi agama yang berlaku pada hari ini. Subhanallah. Semoga Allah membantu mereka. Amin.









Apakah Kesan-kesan Diskriminasi?

Diskriminasi memberi kesan impak yang negatif kepada mangsa-mangsa. APAKAH KESAN-KESANNYA?

  • mangsa-mangsa yang pernah didiskriminasi akan berasa stress dan tertekan. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Multicultural Health Australia (2009),  depression boleh terjadi akibat diskriminasi. Malah, ia mampu meningkatkan risiko untuk menghidapi skizofernia, halusinasi, penyakit murung dan sebagainya.
  • apabila seseorang telah dinafikan haknya untuk bersuara atau untuk mempunyai peluang (diskriminasi), sekali gus akan membuat kan seseorang itu  mengasingkan diri daripada masyarakat  disebabkan keyakinan diri sudah hilang.
  • ekonomi negara bakal tergugat jika diskriminasi terus diamalkan oleh masyarakat kita.Hal ini disebakan kegiatan ekonomi akan terganggu disebabkan berlakunya  rusuhan (sekiranya diskriminasi yang berlaku terlalu serius) seperti perhimpunan BERSIH.
  • Malah, ia mengambil masa yang lama untuk seseorang mangsa untuk bangkit semula. Jadi jangan lah diskriminasi sesiapa pun walaupun berbeza kaum dan agama mahu pun jantina.
  • mewujudkan perasaaan benci antara satu sama lain jika amalan diskriminasi berlaku.
  • berlaku kekecohan antara satu sama lain seperti pergaduhan antara agama yang berlainan.

Pengalaman Saya:

Time cuti semester yang ke-2 iaitu pada bulan april hingga mei, Alifah pernah bekerja di sebuah kedai Jepun yang menjual semua barang dengan harga RM5 di One Utama, Bandar Utama. Alifah hanya sempat bekerja selama 4 hari sahaja disebabkan Alifah dipecat pada hari  Isnin iaitu hari di mana semua umat islam disunatkan untuk berpuasa sunat.

Alasan utama yang menyebabkan Alifah dipecat adalah disebabkan Alifah berpuasa sunat dan mengerjakan solat lima waktu sepanjang kerja di situ. Jadi nampak kan Alifah telah di diskriminasi oleh seorang bos dari Jepun.

Alasan sebab bos Jepun tersebut tidak membenarkan pekerja-pekerjanya mengerjakan solat dan berpuasa adalah  dia berasa bahawa puasa dan solat hanyalah menyusahkan. Bagi puasa, dia berpendapat bahawa puasa itu hanya akan menyebabkan seseorang itu cepat penat dan akan menyebabkan kerja yang diilakukan akan menjadi lambat. Untuk solat pula, dia berpendapat bahawa solat itu membazir masa disebabkan umat islam mengerjakan solat sebanyak 5 kali sehari.

Untuk pengetahuan semua, tempoh untuk ke toilet pun hanya dibenarkan selama 10 minit sahaja. Jadi, agak sukar buat pekerja-pekerja islam di situ untuk mengerjakan solat. Hal ini disebabkan kedudukan kedai tersebut berada di bawah sekali (kedainya terletak di bawah ZARA di new wing) dan surau pulak terletak di tingkat 4. Jadi 10 minit bukanlah cukup dengan jarak tempat yang jauh. Malah, bekas bos Alifah juga telah melarang pekerja-pekerja yang terdiri daripada orang islam untuk menunaikan solat.

Ada hikmah Alifah dipecat. Alhamdulillah Allah masih menyayangi Alifah. Setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya.

Itu lah pengalaman Alifah di diskriminasi oleh seseorang.


Bagaimana pula dengan anda semua?

Diskriminasi tidak patut dilakukan terhadap kaum, agama, warna kulit dan jantina mengikut article 8 (2) dari The Federal Constitution.

Jadi, jika anda telah di diskriminasi akibat anda berlainan agama, kaum, warna kulit dan jantina boleh lah melaporkannya kepada pihak berwajib.

p/s teringat kisah Natrah yang dinafikan hak beliau untuk menganut agama Islam ketika beliau berumur 15 tahun dan akhirnya beliau meninggal dunia dengan pegangan 'atheis' akibat diskriminasi yang berlaku.
















No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers