Monday, November 14, 2011

Contest Blogger Idol by Achie & Eyda

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Hai, semua.
Hari ini Alifah nak hebohkan mengenai pertandingan blogger yang dianjurkan oleh Achie & Eyda. Boleh lah singgah di Insanberlagakmatang.blogspot.com



Syarat-syarat contest ini adalah:

  • Buat satu entry yang bertajuk 'Contest Blogger Idol by Achie & Eyda' beserta picture di atas dan juga link blog tersebut.
  • Buat satu entri yang ringkas mengenai siapa blogger idaman anda dan kenapa memilih mereka sebagai inspirasi. Tak lupa juga untuk masukkan matlamat anda dalam blogging untuk masa sekarang dan yang akan datang.
  • Boleh juga untuk meletakkan blogger kesayangan anda.
  • Follow blog Achie dan Eyda untuk mendapat info-info terkini mengenai pertandingan ini.
  • Kemudian, tag sekurang-kurangnya 2 orang dan pastikan mereka ini sudah pun dimaklumkan mengenai tag ini.
  • Tinggalkan link di bawah komen blog ini.
  • Pemenang akan dipilih oleh penganjur dan akan dipilih berdasarkan gaya tulisan anda yang tersendiri.
Tempoh pertandingan ini akan berlangsung selama tiga minggu iaitu dari 11112011 hingga 01122011. Pemenang akan diumukan pada 03122011.
Jadi, jangan ketinggalan untuk join pertandingan ini. Hadiah  menarik ditawarkan.


Blogger Pilihan Alifah:

Bila kawan Alifah memperkenalkan dunia blog,Alifah tertanya-tanya apa itu blog? Macam mana nak buat blog? Susah ke nak buat blog? Apa topik yang patut kita bincang dalam blog kita?

Pintu hati Alifah terbuka untuk menceburi dunia blogging apabila Alifah membaca blog kak Syerah. Memang hati Alifah tertarik lah baca blog dia. 

Macam mana Alifah boleh kenal blog sherahxoxo.blogspot.com?
Well, kawan Alifah iaitu Atira Arifin yang memperkenalkan blog ini kepada Alifah. Time tue blog kak Syerah masuk dalam Majalah Remaja.

Apa keistimewaan yang terdapat dalam blog kak Syerah?
Untuk pengetahuan semua, blog kak Syerah memang menarik untuk dibaca. Kak Syerah selalu menceritakan mengenai kehidupan beliau di UKM (sekarang kak Syerah dah jadi ex Ukm), kehidupan warna warni family beliau termasuk anak saudara kembarnya, tips-tips untuk memakai selendang dan macam-macam lagi.

Beliau juga pernah muncul di program tv di TV9 mengenai Impak Fashion Blogger terhadap Remaja. Selain itu, beliau juga mempunyai fanpage di facebook iaitu Syerah's blog.

Selama ini Alifah hanyalah menjadi silent reader untuk blog kak Syerah sehinggalah ada seorang kawan Alifah bertanya,' Alifah, bila nak buat blog?'. Semenjak itu, Alifah terfikir jugak untuk membuat blog dan akhirnya pada akhir tahun 2010 Alifah start buat blog yang baru. Blog SupersomethingAlifah.blogspot.com merupakan blog yang pertama Alifah ada. Dan blog sekarang ini merupakan blog yang kedua dan ditubuhkan pada bulan November 2011.

Sorry, kak Syerah sebab amik picture ini tanpa kebenaran
Jadi, Kak Syerah ini lah merupakan inspirasi Alifah untuk menulis blog sebab blog Kak Syerah bukanlah sekadar blog biasa. Ianya lain dari yang lain.

Matlamat Alifah dalam Dunia Blogging

Bila sebut mengenai matlamat Alifah dalam dunia blogging adalah untuk mencari network dengan semua blogger di Malaysia. Why?

Secara jujurnya bila kita sudah mempunyai network yang ramai, mudahlah untuk kita berinteraksi antara satu sama lain, bertukar idea, malah boleh juga untuk membuat bisnes di dunia blog seperti Hanis Zalikha, Nanirostam, Irene Nadia dan Redmummy.

Jadi, bila dah ada network yang ramai, boleh lah kita semua menjalin hubungan silaturahim antara satu sama lain. Who knew that 1  of us will get married after know each other from blogging? Yeah, do you get what I mean? Jadi matlamat Alifah dalam dunia blogging adalah untuk mencari network blogger yang ramai. Kenapa?

Dunia blogging diciptakan untuk berkongsi matlumat bukannya berkongsi fitnah antara satu sama lain. Malah dunia blogging boleh digunakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di Malaysia tanpa perasaan diskriminasi antara satu sama lain.

P/s Jom join pertandingan ini, boleh dapat ramai kawan.Plus dapat peluang untuk menang hadiah.




Saya tag:


Rara
Farrah Yong

Selamat Membaca semua.

8 comments:

  1. alalala comelnye buat idola pulak hehe.thanks bebeh.sorry a bit busy lah sekarang.no time macam masa belajar dulu :(

    ReplyDelete
  2. hehee... happy blogging. gdluck ^_^

    ReplyDelete
  3. halluuuu.... tahniah dpt no 4 contest ni ^_^

    ReplyDelete

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers