Monday, November 14, 2011

Tower Heist

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Dah 2 hari Alifah tak updated blog. Jadi hari ini Alifah akan bercerita mengenai filem 'Tower Heist'.(12112011)


Balik dari parti BBQ yang diadakan oleh abang Alifah di rumah baru mereka, ayah Alifah bawa Alifah, adik Alifah dan mak Alifah ke Cineleisure Damansara untuk menonton movie.


Pada mulanya kita orang nak tengok citer Tintin, tapi sebab jadual tayangan agak lewat, maka ayah Alifah ajak lah kita orang pergi menonton 'Tower Heist'.




Pelakon yang membintangi filem ini adalah Ben Stiller, Eddie Murphy, Petty Crook, and Casey Affleck.


Sinopsis
Josh Kovacks (Ben Stiller) merupakan pengurus di Central Park iaitu bangunan mewah di kota New York. Hari beliau berjalan macam biasa sehinggalah FBI menangkap Arthur Shaw (Alan Alda) iaitu salah seorang penghuni di situ atas kesalahan wall street.


Klimaks cerita ini bermula apabila para pekerja di bangunan Central Park mendapat tahu bahawa Shaw telah mengambil semua duit pencen mereka. Hal ini menyebabkan Kovacks berasa bersalah dan ingin membantu rakan sekerjanya.


Lalu, dia dan kawan-kawan sekerjanya membuat pakatan untuk mengambil semula wang yang telah disonglapkan oleh Shaw. 


Cerita nie memang best dan sesuai untuk sesiapa yang sukakan komedi. Bagi peminat-peminat pelakon komedi, Eddie Murphy boleh lah menonton cerita ini. Confirm korang akan gelak sampai guling-guling punyer.


Jalan cerita yang pada mulanya agak biasa sahaja tetapi pada akhir movie nie, korang akan gelak dengan semua lawak dari Eddie Murphy yang selamba.
 Sudah ditayangkan di Malaysia pada 4 November yang lalu. Alifah bagi 4 bintang dari 5 bintang sebab cerita nie tak bosan and Alifah pun tak mengantuk time menonton cerita ini.


Target movie untk bulan ini: The Immortals, Tintin, Eclispe
Selamat menonton semua.







No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers