Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Hari ini ramai orang kecoh-kecoh berkenaan tarikh 11.11.11.
Yup. Tarikh yang cantik untuk orang berkahwin, tarikh yang cantik buat si ibu untuk melahirkan anak, tarikh yang cantik untuk kita semua buat sesuatu aktiviti yang akan dikenang sampai bila-bila.


Gimik jer nie

Bagi Alifah, tak kira lah tarikh itu 11.11.11 ke 20.11.2011, apa yang penting adalah adakah kita membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup kita?

Bak kata Donald Trumph 'time is money', sudah berapa banyak masa kita telah luangkan dalam masa 24 jam ini? Adakah kita sudah melakukan banyak ibadah untuk kehidupan kita di akhirat? Adakah kita berjaya mencapai semua impian yang kita impikan pada awal tahun 2011? Fikir-fikirkanlah.

Setiap detik masa memang berharga bak kata Loreal 'Dirimu begitu berharga'. Every second of time is very precious. Jadi gunakan masa yang ada ini untuk memperbaiki diri kita sebab kita tidak tahu bila hari kiamat atau lebih dikenali sebagai 'crack of doom'.

Kita jangan terlalu taksub dengan tarikh-tarikh  yang dianggap keramat seperti 111111. Ingatlah jika kita terlalu percaya bahawa 111111 akan membawa tuah kepada diri kita, itu sudah dianggap sebagai syirik. Masya-Allah.

So, pesanan Alifah adalah tak kira lah tarikh 111111 atau 20112011, ingatlah bahawa setiap detik masa yang berjalan itu begitu penting kepada diri kita. Mulai hari ini, tetapkan hati kita untuk mencapai semua impian kita sebelum 'the end of world' datang. Hargai setiap masa yang berjalan sebab kita tidak tahu bila kita akan mati.

So, remeber. Jangan terlalu leka dengan apa yang berlaku sekarang, takut kita yang akan menyesal di kemudian hari.

Happy reading guys. 
xoxo from M.E

No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers