Thursday, January 31, 2013

HOW TO DO A RESUME

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Hai,selamat 31th Januari 2013 kepada semua. Yeah, esok cuti! Syok duduk kawasan Wilayah Persekutuan. Banyak cuti. Khamis lepas cuti untuk Maulidur Rasul, hari Isnin minggu nie pula cuti Thaipusam dan bakal jumaat minggu nie pun cuti. Wait. *sambil bulatkan mata.  10 Febuari 2013- 16 Febuari 2013 pula cuti CNY.memang bertuah betul rakyat Malaysia sebab banyak cuti. Alhamdulillah. Kerja tetap kerja tapi cuti tetap cuti.Hehe.


Sebelum kak Alipah awak nie lari dari topik asal,meh sini kak Alipah sebenarnya nak cerita macam mana nak buat resume terutamanya kepada para mahasiswa/i yang akan bergelar bakar pekerja. Eh typo pulak. sorry. Bakal pekerja *mianne

So, apa yang hangpa nak taw pasal resume nie? Sebenarnya resume ini macam kita menceritakan mengenai diri kita. Biodata diri kita,apa pencapaian yang kita sudah capai,berapa lama pengalaman kerja kita,apa keistimewaan kita,apa anugerah yang kita sudah berjaya kecapi,apa kemahiran yang kita ada tapi orang lain tarak,berapa pointer yang kita dapat (ini penting),kalau dapat biasiswa atau tajaan pun sila maklumkan sekali yek. Segala kriteria ini diperlukan untuk menyiapkan resume.Tulis resume tapi jangan terlalu bombastic sangat sampai semua nya hangpa nak propa dalam resume tersebut. Disebabkan kak Alipah terlalu bermurah hati nak tunjuk contoh resume,meh sila sila klik SINI


Jadi faham tak macam mana nak buat resume? Itu contoh paling buruk yang kak Alipah dapat share sebab kak Alipah tak taw macam mana nak upload resume kak Alipah *mianne. nak taip balik resume sendiri dan upload di sini malu pulak den. Apo keno lah dengan den nie.Tetiba jadi pemalu.Hehe


Kalau hangpa blurr lagi macam mana nak taip resume,sila sila daftar diri di JOBSTREET
Mesti pernah dengarkan? atau pun kak Alipah cadangkan daftar di mana-mana website pekerjaan sebab lonie memang banyak kan portal mencari kerja. Sila sila sila daftar yek.Dunia di hujung jari jer sekarang nie.
Kebiasaannya portal pekerjaan sebegini akan mengajar budak noob yang fresh baru keluar dari Universiti untuk membuat resume. Senang jer nak buat resume tak susah pun.Rajin-rajinkan google sebab google sekarang dah jadi macam otak manusia.Macam-macam google taw. Dan kak Alipah tahu pasti di setiap universiti pasti akan mengajar budak-budak noob macam hangpa untuk menaip resume kan? kan?

So,jangan khuatir jangan risau.Sila buat resume hangpa semua. Kalau salah pun "Learn from mistake" kan?
Itu sahaja celoteh dari kak Alipah comel ini. Sekian terima kasih


No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers