Wednesday, January 30, 2013

Kita berjumpa lagi


Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Hai selamat pagi,selamat tengahari,selamat petang dan selamat malam kepada semua. Entri kali ini saya nak bercerita mengenai aktiviti yang saya akan lakukan pada hari sabtu ini iaitu 2 Febuari 2013. Apa aktiviti yang saya akan lakukan pada sabtu ini?

Saya terlibat dengan aktiviti amal iaitu program dikendalikan oleh BNYV yang diberi nama WeCare@Anak Yatim PD yang dijangka akan diadakan Dewan Yayasan  Anak-Anak Yatim/Piatu Islam Daerah Port Dickson. Butiran lanjut terdapat di bawah yang sudah tertera:


Program  : WeCare@ Anak Yatim PD
Tarikh      :   02/02/2013 (sabtu)
Masa        :   8.00 am-9.00 pm
Perserta   :   50 orang
Tempat    :    Dewan Yayasan Anak-AnakYatim/ Piatu Islam Daerah Port Dickson


Saya insya-allah akan bertugas sebagai seorang fasilitator di sana walaupun bab-bab motivasi orang ini mungkin tak sehebat Dato Dr Fazilah Kamsah.Hehe. Jadi di sini saya memohon kepada anda semua yang saya kenali mahu pun belum saya kenal, sama-sama lah kita menderma ke tabung Dewan Yayasan Anak-Anak Yatim/Piatu Islam Daerah Port Dickson melalui akaun urusetia Azie Rahimah Bt Ramlee , di no akaun Maybank:155015130614 (Maybank). Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Azie Rahimah Bt Ramlee di 014-269 2580.

Saya percaya rakyat Malaysia merupakan rakyat yang pemurah dan sentiasa menghulur bantuan sama ada bantuan wang mahu pun tenaga dan doa. Jadi saya berharap kepada para pembaca untuk mengwar-warkan mengenai hal ini untuk kebaikan semua.Malah insya-allah kita juga akan dapat pahala. Ingat lah bahawa doa orang anak yatim ini antara doa yang termakbul. Mari lah kita bersama-sama meringankan beban dengan memberi bantuan sama ada dari segi kewangan mahu pun dalam bentuk lain untuk membantu sama-sama membentuk masa depan anak-anak yatim/piatu yang sudah pun kehilangan ibu/bapa/kedua-duanya. Ingatlah memberi itu lebih baik dari menerima. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti ini boleh klik di sini


Mari beramai-ramai mendidik diri untuk menjadi pemurah,ingat lah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Insya-allah dengan wang kita dermakan untuk mereka memerlukan terutama untuk anak yatim/piaitu akan digantikan dengan rezeki yang lebih banyak. Amin.

Sekian itu sahaja untuk nukilan hari ini. =)

No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers