Friday, November 4, 2011

Bersyukur

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang
 Selamat pagi semua,
macam mana hari korang pada hari ini?
Hari ini merupakan tarikh yang bersejarah kepada warga pelajar UiTM yang mengambil diploma dan pra-diploma.
Kenapa?
Sebabnya pada tarikh ini result final akan dikeluarkan.


Ouh Menarik  Giler (OMG)!



Result ini akan dipaparkan di I-student portal dan akan dihantar melalui e-mel masing-masing.
Bangun pagi-pagi terus pergi tengok e-mel.
Alhamdulillah, result Alifah meningkat.
Soal Dekan atau tidak, tolak ketepi.
Yang penting kita mengucapkan syukur 'alhamdulillah' kepada Allah kerana masih memanjangkan umur kita dan masih berupaya menghirup udara dengan badan yang sihat.
Di sini Alifah ingin mengucapkan terima kasih kepada Miss Norafefah yang mengajar subjek Forecasting, Miss Azimah yang mengajar subjek Statistical Method, Ustazah Azimah yang mengajar subjek Sains dan Teknologi dalam Islam, Miss Hairunisa yang mengajar subjek Bel (english), Miss Aini yang mengajar subjek Research Methodology, Miss Akma yang mengajar subjek Algebra dan tidak dilupakan kepada semua komander, cik puan dan tuan serta cikgu-cikgu dari brass band kerana sudi mengajar Alifah dan mendidik Alifah. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua. Syukran.

Hari ini confirm ramai pelajar UiTM yang akan post status mereka mengenai result. Ada yang akan post 'alhamdulillah, apa yang diusahakan membuahkan hasil' dan ada yang akan post 'result aku menurun tapi memang kene dengan aku sebab study tak betul-betul'.

Kepada yang dekan tue, Alifah ucapkan tahniah dan kekalkan pencapaian cemerlang anda biar dapat anugerah Vice Chanselor   (anugerah untuk sesiapa yang berjaya maintain dekan dari semester awal hingga akhir). Kepada yang tak dekan, insya-Allah berusaha, berdoa dan bertawakal selepas berusaha. Insya-Allah anda akan dapat apa yang diimpikan.

Ingatlah ini ujian Allah. Jangan rasa down bila kita tersungkur. Ingatlah ada orang yang kurang bernasib baik dari kita. Bila kita ditimpa ujian, hanya tempat Allah sahajalah yang kita boleh mengadu.

senyumlah walaupun kita tak rasa happy
P/s next semester Alifah kena berusaha lebih untuk dapat kan 4 flat. Doakan Alifah yek.^^


2 comments:

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers