Thursday, November 10, 2011

I Love You

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


"Friendship is like a violin; the music may stop now and then, but the strings will last forever."


Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12.00 am, ini bermakna hari ini sudah 101120011. Ini bermakna cuti semester sudah hampir ke penghujungnya.


Wah rasa sekejap jer masa berlalu. Alifah rasa macam baru sahaja kita menjenguk dan mengucapkan selamat datang kepada tahun 2011. Dan sekarang kita sudah hampir ke penghujung tahun 2011. Bila masuk sahaja tahun 2012, Alifah akan berumur 20 tahun Memasuki fasa baru.Baru sedar diri ini sudah tua.




Oke. Topik Alifah pada hari ini mengenai 'ILOVEU'.
Bila sebut jer tiga perkataan tersebut, sudah semestinya ramai orang akan teringat dekat girlfriend and boyfriend mereka. Betul tak?


Perkataan 'ILOVEU' begitu bermakna pada diri Alifah. Kenapa?
Sebab tiga ayat itu menggambarkan perasaan sayang Alifah dekat orang yang istimewa di hati Alifah.


Siapa orang itu?
Beliau merupakan seorang yang istimewa di hati Alifah semenjak Alifah kenal dengan dia semasa di sekolah rendah lagi. Hubungan kami rapat sehinggalah sekarang. Ditambah lagi dengan muka kami yang agak seiras. Cuma Alifah mempunyai rangka badan yang besar dan dia hanya mempunyai rangka badan yang kecil sahaja.


Nak tahu siapa dia?
Dia adalah Wan Naemah Tsania BT Wan Abdul Hamid Shukri!


BFF, Tsania
Dia selalu ada ketika Alifah susah mahu pun senang.Memang susah nak jumpa kawan yang begitu baik macam dia.



Apalah gunanya hidup jika dalam hidup itu hanya kita seorang sahaja tanpa mempunyai sahabat karib? Alifah sayang Naemah.

Sewaktu Alifah susah, dia yang akan tolong Alifah. Sewaktu Naemah susah Alifah yang akan tolong dia. Kami sudah menjalinkan persahabatan kami sejak dari kecil lagi malah bertambah rapat dari hari ke hari sehinggalah sekarang.

Kami sentiasa bersama-sama dalam melakukan sebarang aktiviti walaupun Alifah sibuk dengan aktiviti lain.

Alifah ingat lagi kenangan kita bersama di Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada tahun 2008.Pada waktu itu, Naemah tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pergi ke sana. Tapi Alifah yang sudi support Naemah semata-mata untuk menemani Alifah di sana. Kita pergi bersama-sama. Alifah berkeras hati nak pergi ke sana sebab Alifah nak spend masa bersama-sama dengan Naemah. Al-maklumlah Alifah sudah masuk ke sekolah berasrama penuh di Penang, jadi masa untuk kita spend together pun sudah jadi terhad.


Di sana, kita  ditakdirkan untuk bertemu dengan geng BANG-BANG BOOM.=..=
Memang famouslah kita berdua selepas masuk dekat tv kan?
Itulah pengalaman manis dalam banyak-banyak pengalaman yang kita share.


video

Kita selalu bergossip mengenai lelaki. Dengan siapa kita nak kahwin, ciri-ciri lelaki yang menjadi tarikan dan macam-macam lagi. Memang best lah kalau dapat sembang dengan Naemah. Mungkin kita sudah dicipta oleh Allah untuk menjadi sahabat karib sehingga mati.


Sahabat yang baik akan menolong bila kita dalam kesusahan. Akan berada di sisi kita semasa kita senang. Akan memberi sokongan antara satu sama lain. Akan menangis tatkala kita menangis dan akan tertawa bila kita happy. Naemah memang jodoh terbaik untuk Alifah dalam persahabatan.

Ciri-ciri sahabat begini memang susah nak di cari.



Naemah memang seorang yang baik dan penyabar. Sebab itulah Alifah berkawan lama dengan dia sebab ALifah memang seorang yang panas baran. Well, nampaknya kene lah belajar untuk menghandle masalah panas baran Alifah ini. Nasib baik Naemah ada.

Jadi, kepada pembaca blog, hargailah semua sahabat yang berada di sekeliling kita. Jangan lah kita abaikan mereka. Anggaplah mereka ini sebagai family kita juga walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah langsung.

Syukur, alhamdulillah. Silaturahim yang telah terjalin semakin rapat bila adik Alifah juga berkawan dengan adik Naemah. Al-maklumlah masing-masing anak sulung dan masing-masing mempunyai bilangan adik beradik yang ramai.

Kepada Naemah, jika dia membaca blog ini:

Alifah tidak akan lupakan semua memori sepanjang kita berkawan. Walaupun Alifah tidak sempurna, tetapi Naemah masih sudi berkawan dengan Alifah. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan Alifah walaupun kadang-kadang Alifah nie bengong sikit. Terima kasih banyak-banyak.

Naemah, sila jaga diri di UiTM Arau. Belajar bersungguh-sungguh dan banggakan kedua ibu bapa Naemah. Jangan tinggal solat. Ingat Allah selalu. Kalau ada lelaki yang sakit kan hati Naemah, bagi taw kat Alifah biar Alifah lenyek-lenyek lelaki tersebut sampai jadi lempeng.Eh, gurau jer.hehe.

Kepada si lelaki tersebut, janganlah menyakiti hati Naemah.Jaga dia elok-elok macam sebutir mutiara yang mahal harganya.


Moral of the story:

Bila kita bersahabat, kita mestilah pilih yang betul-betul secocok dengan kita.
Jika kita ingin menjadi seorang yang baik, berkawanlah dengan kawan-kawan yang baik dan elok akhlaknya.
Jika kita ingin berjaya, carilah kawan-kawan yang cemerlang supaya mereka dapat membimbing kita untuk menjadi orang yang berjaya.

Setakat ini sahaja, Alifah nak berceloteh. Perlukan tidur secukupnya supaya dapat bekerja dengan segar di pejabat pada esok hari.

Selamat membaca korang.^^

5 comments:

  1. nice entry,untung betul dpt bestfren mcm neh

    ReplyDelete
  2. thanx nor fairuz.yup, naemah mmng sahabat yang baik dri kecil lg.hehe.salam perkenalan

    ReplyDelete

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers