Friday, September 5, 2014

Patut Sewa atau Beli?

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Sewa dahulu atau beli?

Pembelian rumah selalunya perbelanjaan yang paling besar dalam hidup bagi kebanyakan kita. Jadi kita perlu tahu cara yang betul untuk menghadapinya.

Berikut adalah panduan untuk beli rumah, khususnya untuk mereka yang baru hendak memulakan hidup:

+ Orang yang masih bujang.
+ Orang yang baru berkeluarga
+ Orang yang baru mempunyai satu / dua anak

Rumah yang kita beli untuk duduk adalah satu liabiliti. Setiap bulan kita membayar sendiri ansuran rumah tersebut dengan gaji bulanan kita, maka perancangan yang baik perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan kita tidak membayar lebih dari sepatutnya untuk liabiliti ini.

Salah satu pendekatan adalah membeli terlebih dahulu rumah / apartment yang sederhana sahaja luasnya. Cukup dengan rumah / apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang cukup untuk kita anak beranak berteduh. Rancang untuk mendiami rumah tersebut sehingga anak kita bersekolah darjah satu. Selepas itu baru berpindah ke rumah yang lebih besar yang baru kita beli.

Barangkali ada yang berpendapat, kalau gabung pendapatan suami isteri barangkali dapat beli rumah yang lebih luas dan besar. Maklumlah, kalau pendapatan sendiri barangkali boleh beli rumah yang bernilai kira-kira RM 250,000 tetapi dengan bergabung pendapatan boleh beli sehingga RM 500,000! Bagi kebanyakan kita, hartanah adalah pembelian paling besar dalam hidup mereka. Justeru, alang-alang membeli biar puas hati.

Memang tiada masalah untuk terus beli rumah besar sekiranya kita mempunyai pendapatan lain selain gaji, tetapi sekiranya kita hanya ada gaji untuk hidup dari bulan ke bulan, maka inilah yang saya cadangkan. Pastikan juga kita beli rumah dengan kadar rumah yang bersesuaian dengan pendapatan kita. Ukur dompet kita dulu.

Bagaimana pula jika harga rumah terlalu mahal?

Maka jawapannya, bersabarlah dan lebih baik kita menyewa sahaja terlebih dahulu sementara kita mengumpul aset pelaburan dan berjaya dalam kerjaya dan akhirnya mampu membeli rumah sendiri. Tetapi harus ingat, kena pastikan jangan terlebih berhutang walaupun untuk membeli rumah.

No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers