Thursday, December 18, 2014

Seharian Bersama Pak Habib A.K.A S.H Alattas

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Alhamdulillah, pada 14hb Disember 2014, bersamaan hari Ahad yang lepas, aku diberi peluang oleh Mr S.A untk menghadiri Seminar Succecces by S.H Alattas yang diadakan di "weekends house" kepunyaan Pak Habib atau nama mesranya Abah yang terletak di Janda Baik, Pahang.


Syukur sangat kerana diberi peluang oleh Mr S.A untk menghadiri majlis ilmu tersebut secara percuma. Syukur kerana Allah menghantar orang yang baik untk membantu ku untuk bangkit semula. Syukur alhamdulillah.

Program ini bermula pada pukul 8.00 am di mana para peserta yang join majlis ilmu ini dikehendaki berkumpul di LRT PUtra terminal Gombak. Aku hadir di sana tepat pada masa yang ditetapkan. Tapi biasalah, janji melayu. Janji gerak pukul 8.00 am tetapi kami bergerak ke Janda Baik,Pahang pada pukul 8.30 am. Ouh yeah, kami bergerak beramai ramai dengan menggunakan van yang sudah disediakan oleh Mr S.A untk semua ahli yang hadir ke majlis ilmu.

Perjalanan kami mengambil masa 45 minit dan saya difahamkan pada waktu kami sampai di rumah "University of Life" kepunyaan Abah, ada majlis berkenaan sastera sedang berlangsung. Nama majlis tersebut adalah "Bersajak hingga ke Subuh". Saya sangat kagum dengan majlis sastera yang diadakan di rumah Abah kerana bagi saya, ia agak "rare" untk generasi Y seperti kami untk melihat seseorang itu bersyair dengan bahasa bahasa yang indah. Sungguh saya katakan bahawa generasi Y sudah lama terlupa dengan budaya sajak, syair dan berpantun yang sememangnya begitu popular pada masa dahulu dalam kalangan orang Melayu.

Ketika kali pertama saya menjejakkan kai di rumah Abah, saya begitu terpegun melihat dekorasi dekorasi yang terdapat di rumah Abah. Sungguh cantik kerana ia berdekatan dengan alam semulajadi. Panorama yang membuatkan saya terpegun adalah rumah Abah bersebelahan dengan sungai yang jernih dan bersih. Paling best adalah sewaktu kami mula sampai di rumah Abah, kami dijamukan dengan jamuan ringan seperti bihun goreng dan kuih koci. Walaupun simple,tapi sedap sangat seolah olah pertama kali saya makan bihun goreng. Seriusly, saya bagi 10 bintang kerana saya dapat makan bihun goreng yang tersedap sambil menikmati panorama alam semulajadi yang begitu indah. Cantik sungguh sungai yang mengalir sambil mendengar deruan air sungai mengalir sambil menghirup teh o panas. Indahnya. Syukur alhamdulillah.

Selepas menikmati makanan ringan,maka kelas kami pun bermula. Sesi diadakan di dalam ruang tamu di rumah Abah. Sangat sempoi dan santai sambil mendengar deruan air terjun yang mengalir. Pertama kali bersua muka dengan Abah, saya memang berdebar debar. Iye lah, sebab selalu nampak wajahnya tertera di media cetak.

Sesi kami disana dimuali dengan bacaan Al-Fatihah. Dalam kelas "University of Life", banyak benda yang saya belajar. Dan apa yang saya belajar, ia menusuk ke hati saya.

Antara kata-kata Abah dalam kelas tersebut adalah:


1)"You ask,You shall be given."
2)"Jika tak dapat apa yang diberi, salahkan diri sendiri."
3) Betulkan niat. Apa sebab kita berniaga.
4)Elemen Law of Attraction di mana antara elemen penting dalam Law of Attraction adalah loving,caring dan forgiving.
5)Merosakkan manusia adalah ego dan kesombongan.
6)Allah dekat dengan kita,bila kita dekat dengan Allah,there's nothing impossible.
7)Allah itu Maha Kaya. Bersangka baik. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.
8) Tabiat S.H ALattas adalah 2 jam menulis dan 2 jam membaca.
9)Tuntut ilmu dari buaian hingga ke akhir hayat. Ilmu ini Allah hantar kepada kita.
10) Think outside of the box;sampai bila nak hidup biasa biasa sahaja?
11) Orang kaya jadi kaya kerana mereka percaya Allah itu Maha Kaya.
12)Orang berniaga kena ada adab (etiques)
13) 90% of millionaires/billionaires in U.S started their journey as a sales person.
14)Kehidupan adalah berdasarkan pengalaman yang dialami.


Ini adalah antara ilmu yang Abah share kepada kami dan memang betul, saya masih banyak lagi perjalanan yang saya perlu tempuhi. Insya allah, saya mesti mengambil fast action untk fast bangkit dan create fast result!

Majlis ilmu kami tamat pada pukul 6.00 pm dan kami sampai semula di Terminal Lrt Putra Gombak pada pukul 8.00 pm.
Sungguh saya katakan banyak ilmu yang saya dapat dari Abah. I feel so lucky. Thank you Allah for giving me this oppurtinity.

Bagi sesiapa yang berminat untk mengetahui ilmu "University of Life",saya sangat reccomend untk hadirkan diri ke majlis ilmu yang dianjurkan oleh Abah.

Boleh hubungi Mr S.A di talian +60137287769 untk mengetahui maklumat lanjut. Kelas ini berbayar dan modalnya hanya RM199.00 disertai percuma pengangkutan ke Janda Baik dan percuma makanan.

No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers