Monday, January 13, 2014

Tips untuk menjadi pandai

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Alhamdulillah, syukur kepada rezeki yang Allah kurniakan.
Ramai yang tertanya tanya macam mana nak cemerlang dalam peperiksaan? Dan ada juga adik adik yang "Private Message" saya bertanya apa itu kos statistik. Pada pendapat saya, semua manusia dilahirkan dengan kebijaksanaan yang tersendiri dan kita hidup untuk saling lengkap melengkapi. Bukan itu sahaja, masing masing ada potensi dir yang perlu ditonjolkan. Persoalannya, ia bergantung kepada kepercayaan dan keyakinan kita sendiri. Namun, jika engkau fikir engkau boleh, engkau pasti boleh lakukan! Yes,Malaysia Boleh!

Untuk pengetahuan semua, saya merupakan lulusan Diploma Statistik dari UiTM Kelantan. Saya mengambil kursus tersebut selama 2 tahun.
Alhamdulillah,banyak ilmu yang saya belajar dalam bidang statistik.

Dalam post yang akan datang, saya akan ceritakan untuk pengenalan kos Statistik. Sekarang saya nak cerita macam mana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Mungkin tips yang bakal saya share ini membantu adik adik semua untk berjaya dalam pelajaran. Insya allah.

Tips #1: BETULKAN NIAT ANDA

- Dalam ajaran agama islam, semuanya bermula dengan niat. Malah ketika kita hendak solat atau pun puasa pun dimulai dengan niat.
Ini menunjukkan bahawa niat merupakan pendahuluan atau "starter" yang memainkan peranan penting dalam kehidupan.

-Jadi, saya boleh nasihatkan kepada adik adik semua,tolong betulkan NIAT anda. Jika niat anda untuk cemerlang semata mata untuk menunjuk nunjuk kepada family,rakan rakan dan orang awam,baik lupakan sahaja niat tersebut.

-Apa yang saya hendak tekankan kenapa kita perlu belajar bersungguh-sungguh? Apa itu faktor "x" yang menyebabkan adik adik semua nak SANGAT berjaya dalam pelajaran?

-Saya hanya boleh nasihatkan kepada adik adik untuk niatkan belajar ini untuk Allah,parents,keluarga,agama dan bangsa. Kenapa? Sebab ilmu yang kita sedut di sekolah mahu pun pusat pengajian tinggi akan merubah corak pemikiran kepada lebih terbuka, malah dengan ilmu ia juga membantu sesebuah bangsa menjadi maju. Dan mudah mudahan dengan niat kita yang betul,insya allah, ALLAH MAHA BERKUASA,MAHA PENYAYANG akan memudahkan perjalan kita. Mudah mudahan dan amin.


Tips #2: Konsisten

-Untuk berjaya dalam sesuatu,kita mesti konsisten. Dalam konteks islam, jika kita nak merubah tabiat kita kepada tabiat yang lebih bagus,kita dikehendaki mengamalkan tabiat tersebut selama 40 hari berturut turut tanpa FAIL.

-Apa yang saya nak cakapkan adalah, sentiasa konsisten. Dulu, saya juga antara pelajar tercorot dari darjah 1 sampai darjah 3.Saya banyak bermain. Bila darjah 4,saya baru nampak kesedaran untuk berjaya dalam pelajaran.

-Mula mula memang susah nak ubah tabiat buruk,misalannya suka menangguh kerja. Kalau dahulu,mak suruh kemas rumah,saya akan mengambil masa seharian untk mengemas sebab sambil kemas sambil itu menonton televisyen menonton rancangan kartun kegemaran,terutamanya bila hujung minggu atau cuti sekolah. Alhamdulillah, secara tetiba dapat hidayah untk berubah. Mungkin disebabkan pada ketika itu saya ada mengikuti ceramah motivasi anjuran sekolah saya yang terdahulu. Alhamdulillah.


-pertama sekali, yang saya lakukan adalah buat jadual harian,jadual belajar. Susun jadual subjek apa yang hendak dibelajar pada hari ini dan subjek apa yang hendak dibelajar pada esok hari. Bukan itu sahaja, buat jadual perbandingan pencapaian setiap kali exam supaya ada peningkatan markah.

-Cuba ikut jadual tersebut,insya allah dah tak ada hari yang berserabut dan yang penting "No More Last Minute Study".

Tips #3: Buat mind maps

- Ok,part ini saya suka sebab ia membantu saya mengingati fakta dengan lebih cepat,tepat dan mudah. Ada tips yang dikongsikan oleh Tengku Asmadi (pakar motivasi terkenal), beliau share tips ini di mana kita perlu belajar sebelum kelas,semasa kelas dan selepas kelas supaya proses pembelajaran kita tampak lebih mudah. Saya pernah cuba juga dan yes, ia memang memudahkan pembelajaran saya.

-Ouh yeah,lagi satu tips yang saya suka lakukan adalah, saya suka menjawab soalan soalan latihan dalam berbentuk mind maps. Hal ini kerana soalan soalan peperiksaan sentiasa BERULANG. Ingat yer, sentiasa BERULANG walaupun mungkin ada soalan yang sudah diolah sedikit. Hal ini demikian supaya saya lebih bersedia dengan soalan soalan yang bakal saya jawab di peperiksaan nanti. Plus, ia memudahkan saya untuk mengingati fakta dan pada masa yang sama saya sudah menyiapkan latihan soalan. Yeah!


Tips #4: Jaga hubungan dengan Allah,Manusia,Alam Semulajadi

-Sesungguhnya setiapa apa yang kita rancang,tetapi Allah yang tentukan. Sebab Allah Maha Berkuasa. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat 5 waktu, bila dah lengkap solat 5 waktu, tambah lagi dengan ibadah sunat. Supaya dunia yang kita kejar pun dapat,akhirat juga kita dapat.

-Kalau rasa susah, buat list-to-do untuk ibadah ibadah wajib dan ibadah sunat. Supaya kita peka dan tidak tertinggal solat. Sebab solat itu hak Allah.Lagi pun,arwah nenek saya pesan,minta lah kepada Allah,Allah yang tunaikan. Mak saya pula pesan,jaga hubungan dengan Allah, biar kita usaha sedikit tapi Allah yang tolong permudahkan.


- Saya ada satu cerita nak beritahu kepada anda semua. Sewaktu saya di UiTM Kelantan,pada semseter yang ke-4 saya telah diserang jangkitan di telinga. Telinga kanan saya mebengkak dan bernanah disebabkan dalaman telinga saya luka. Menurut kata doktor, kemungkinan berlaku disebabkan saya ganas sangat sewaktu mengorek telinga sehingga menyebabkan dinding gegendang terluka. Ganas kan? Haha. Dah lah time tue final exam. Memang tension sangat. Sebab dalam pukul 3.00 am akan terjaga dan menangis nangis sebab sakit tersebut menyerang sehingga ke kepala. Muka pun bengkak sebelah. Nak makan pun susah. Namun, saya hanya mampu berdoa dipermudahkan untuk saya menjawab exam dan mendapat keputusan yang cemerlang bagi memperolehi Anugerah Naib Chanselor. Impian saya sejak dari semester 1. Alhamdulillah, semseter tersebut saya lulus dengan cemerlang walaupun pada ketika itu saya sakit teruk. Bayangkan hanya telinga kiri sahaja yang boleh mendengar. Baru lah rasa apa itu pekak. Insaf bila teringat balik sebab sedikit nikmat telah ditarik. Alhamdulillah,telinga kanan sudah normal semula tapi sudah ada sedikit loss of hearing.


-Kisah yang saya alami tersebut bukan bertujuan untuk riak, tapi nak cerita jika hubungan kita dengan Allah baik baik belaka,insya allah walau diberi ujian besar sekali pun, Allah akan permudahkan. Insya allah.


-Jaga hubungan dengan manusia. Jaga hubungan dengan orang yang berada di sekeliling kita. Siapa? Ibu Bapa, adik beradik,keluarga dan rakan rakan. Yes, sekarang dunia dah maju, contact orang yang berada di sekeliling kita pun semakin senang sebab dah ada skype,whatsapp,bb pin,facebook,twitter,instagram,youtube,call,sms dan lain lain lagi. Medium untk berkomunikasi semakin luas. Malah, makin ramai kenalan yang kita perolehi. Saya pun sedang mencuba ke arah tersebut. Al-maklum lah dulu seorang yang nerd. Asyik dengan buku. -,- Insya allah senang lah hidup kita nanti.

-Begitu juga menjaga hubungan dengan alam semesta. Sebab kita semua ini khalifah di bumi yang dipertanggungjawab untuk menjaga bumi. Siapa penduduk bumi selain manusia? Of course lah,haiwan,tumbuh tumbuhan. Jaga mereka juga,insya allah hidup tenang, ilmu pun senang nak masuk.


Tips #5: JAGA WAKTU BELAJAR

-Saya sarankan anda semua untuk belajar pada waktu awal pagi dari pukul 3.00 am- waktu subuh. Kenapa? Sebab ketika itu,penyerapan ilmu lebih mudah disebakan kita berasa tenang, badan sudah direcharges melalui tidur, dan suasana yang sunyi pada waktu itu.

Sebab itu saya tidak galakkan untuk stay up. Sebab pada waktu itu,badan nak rehat selepas melalui aktiviti seharian.



Ok, setakat ini yang saya mahu share kepada anda semua. Selamat beramal. Post yang seterusnya akan dishare untuk next post.




No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers