Wednesday, December 10, 2014

Pengurusan Hutang yang Tepat

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang


Pengurusan Hutang : Cara Kurangkan Hutang Bulanan Dari RM3000 Sebulan Kepada RM0

Ramai yang telah berjumpa dengan saya, menyatakan hasrat hendak mula membeli rumah sebagai pelaburan hartanah, namun ada segelintir yang stuck dengan kemampuan membuat pinjaman disebabkan terlalu banyak komitmen bulan yang perlu dibayar. Bagi saya perkara ini adalah normal dan banyak orang yang sedang menghadapi krisis ini saban hari disebabkan proses mendapat pinjamam terlalu mudah.

Hari ini saya hendak berkongsi cara saya bagaimana saya selesaikan masalah ‘over-commitment’ dan ‘fix it’ salah seorang yang berjumpa dengan saya, moga anda semua dapat mengunakan konsep yang sama sekiranya bersesuaian dengan anda.

Saya selalunya suka membuat pelan penyelesaian dan akan mengikuti pelan itu dengan sedikit perubahan di masa hadapan.

Latar Belakang Hutang:

Kereta
Bulanan = RM767
Tempoh = 4 tahun
Baki = RM27,600

Hutang Peribadi
Bulanan = RM608
Tempoh = 3 tahun
Baki = RM43,800

Kad Kredit
Bulanan = RM1,000
Baki = RM20,000

Hutang Aeon Kredit
Bulanan = RM330
Baki = RM5,500

Hutang Installment 0%
Bulanan = RM310
Baki = RM4,000

Jumlah Bulanan = RM3015
Jumlah Baki = RM100,900

Secara umum, beliau masih lagi hidup seperti biasa cuma beliau tidak boleh ‘move forward’. Saya kongsi pelan penyelesaian yang kebiasaan saya cadangkan.

Langkah #1 : Consolidate Hutang Sedia Ada

Kebiasaan langkah pertama ini penting dan bertujuan untuk memberi ruang supaya ada ruang untuk boleh bernafas. Jumlah keseluruhan hutang ialah RM100K, jadi saya cadangkan kepada beliau untuk mengambil personal loan sebanyak RM130K dengan Bank Islam atau Bank Rakyat.

Bayaran bulanan sebanyak RM RM1473 iaitu penjimatan sebanyak RM3015 – RM 1473 = RM1542 atau sebanyak 51% reduction.

Tips nya, masa pohon pinjaman peribadi beritahu banker tersebut untuk knock off hutang-hutang tersebut, cuma lebihan sebanyak RM30K beliau akan dapat.

Dengan langkah ini sahaja, beliau sudah boleh bernafas. Ramai yang diluar sana cukup anti dengan personal loan, bagi saya tidak, cuma kena bijak mengunakannya sahaja. Lagipun personal loan hanya mengambil masa lebih kurang 2 minggu sahaja untuk dapat loan.

Kepada bukan bekerja dengan GLC atau kerjaaan boleh dapat maklumat dengan bank Al Rahji

Langkah #2 : Cipta Bakul Asset Yang Boleh Berlindung

Selepas sebulan atau dua bulan, bolehlah meneruskan langkah kedua ini apabila CCRISS sudah bersih dari segala hutang di atas. Langkah ini, memerlukan beliau membeli hartanah, saya suggest membeli hartanah bernilai antara RM200K – RM250K, paling menarik ialah hartanah lelong atau hartanah basic yang tiada renovation. Modal awal boleh guna RM30K yang ada itu untuk membayar down payment dan lawyer.

Rumah ini hendak disewa fully furnished atau dengan sewa bilik fully furnished .Anggaran jumlah sewa yang dapat adalah RM1500 sebulan dan bayaran bank ialah RM1,114 ( hartanah 250K), jadi terdapat lebihan RM386.

Secara umum, beliau sudah mengurangkan hutang lagi kepada, RM1473 – RM386 = RM1087 atau sebanyak 64% daripada hutang asal atau lagi RM1926 ruang bernafas.

Langkah #3 : Berlindung Semua Hutang Dalam Asset

Pelan asal sebenar dengan membeli hartanah lagi dengan mengunakkan duit KWSP, cuma saya skip untuk ini. Langkah 3 ialah terpaksa tunggu antara 2-3 tahun supaya hartanah tersebut untuk meningkat kepada RM350 to RM400K, berdasar pengelaman hartanah dalam lingkup kemampuan mempunyai kenaikan cepat antara 15% to 30% setahun, secara purata 20%.

Caranya ialah bila nilai pasaran tersebut meningkat, maka keluarkan sedikit duit untuk membuat minor renovation seperti table top, kitchen cabinet, cornice dan plaster syiling supaya memboleh penilai memberi nilai yang tinggi sedikit daripada basic. Kalau andainya anda tahu, kosnya amat rendah.

Maka langkah ini ialah refinance pada harga RM355K dan bayaran bulan ialah RM1757, maka anda dapat cash out sebanyak RM130K. Gunakanlah duit ini untuk membayar semua hutang peribadi sebanyak RM130K tadi.

Disebabkan sudah 2 tahun, kemungkinan besar nilai pasaran sewa sudah meningkat, katalah disewa pada harga RM1800,

Dengan ini jumlah bebanan hutang yang perlu beliau bayar ialah RM0, kerana jumlah bulanan sudah di bayar oleh penyewa dan semua hutangnya sudah disembunyikan dalam hartanah tersebut.

Langkah #4 : Move forward

Untuk move forward, beliau boleh guna hasil simpanan lebihan, account 2 EPF, bonus, personal loan untuk membeli hartanah berikutnya. Yang membeza ialah beliau atau anda ialah mengambil tindakan untuk sediakan pelan dan laksanakan pelan tersebut.

Moga hasil case study ini, dapat membuka mata-mata kawan kearah mencari jalan financial freedom.

Terima kasih dan selamat malam.






No comments:

Post a Comment

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers