Tuesday, April 17, 2012

PTPTN atau PTPTtipu?

Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang
Selamat pagi warga Malaysia.Hari ini hari selasa (17042012).Pagi-pagi pergi kedai Haji di bawah office ayah untuk menikmati sarapan.Sambil makan nasi goreng sambil itu saya menonton video di youtube via Samsung Corby II.Sedang jari sedang mencari-cari video yang sedap ditonton saya tergerak hati untuk menonton video mengenai sekumpulan mahasiswa yang membuat bantahan mengenai 'Pemansuhan PTPTN' di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.


Hati geram tambah sedih bila melihat mahasiswa kita membuat benda macam tue.Bagi saya, sebagai generasi Y iaitu generasi masa depan, kita seharusnya mencipta peribadi kita supaya bersedia untuk menjadi pemimpin pada masa depan.Bukan menjadi boneka untuk kepentingan sesebuah parti.Bagi saya, jika ingin membuat bantahan pun ada caranya jangan lah terlalu ikutkan emosi ketika kita semua (generasi Y) ingin menyuarakan pendapat.Bila kita terlalu emosi,kita akan menjadi orang yang bodoh dan ini akan membuat diri kita seperti orang bodoh.Faham tak?

Kita harus akui PTPTN itu hanyalah pilihan.Bukan benda wajib kepada semua pelajar untuk mengambil PTPTN. PTPTN was establish in 1997.The aim of PTPTN is helping the youngster especially young people who came from pauper background.Nampak tak apa tujuan utama PTPTN diwujudkan?PTPTN diwujudkan bertujuan untuk membantu orang muda yang mempunyai latar belakang keluarga berpendapatan rendah untuk menyambung pengajian di IPTA atau IPTS. Saya akui interest yang ditawarkan agak tinggi.Tapi dengan adanya sistem Ujrah,interest dari 3% akan jadi 1%.Nampak tak usaha PTPTN untuk mengurangkan beban peminjam yang meminjam.

Di sini saya ingin jelaskan sejarah PTPTN bermula:

  •  Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.
  • Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.
  •  Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566). 
  • Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.Teka lah sendiri.
  • Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.
  • Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.
  • Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.
  • . Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.
  • Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.
  • Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.
  •  Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.
  •  Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.
  • Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.
  • Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.
  • PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.
  • PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang. 
  • . Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya. 
  • PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang. 
  •  Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman. 
  • PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.
  • Yang utama dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat. 
  • Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.
Terima kasih kepada DR. Khir Toyo atas penjelasan yang telah diberikan oleh beliau di sini.
Walaupun ada yang kata PTPTN itu membebankan.Namun ada sesetengah pelajar menggunakan wang PTPTN mereka untuk membantu kedua ibu bapa.(True Story) Saya ada mempunyai seorang kawan di mana setiap kali wang PTPTN masuk, dia akan memberi sebahagian wang tersebut kepada kedua ibu bapanya sebagai pelaburan modal untuk perniagaan mereka. Ada juga kawan saya menggunakan PTPTN sebagai alternatif untuk meringankan beban kedua ibu bapanya disebabkan bapanya sakit dan tidak mampu bekerja dan dia akan memberi duit RM  1,500 kepada kedua ibu bapanya sebagai kos sara hidup keluarganya.Nampak tak peranan PTPTN kepada sesetengah pelajar? Di sini,saya ingin jelaskan bahawa PTPTN telah banyak membantu pelajar-pelajar kita untuk menyambung pengajian di IPTA mahupun IPTS.


Ada pelajar menggunakan PTPTN untuk membiayai pengajian mereka dan ada juga pelajar menggunakan wang PTPTN sebagai alternatif mereka untuk hidup dalam kemewahan.Jadi saya rumuskan untuk menghapuskan PTPTN pada masa sekarang amatlah susah ditambah lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Tapi,saya percaya satu hari nanti  PTPTN akan dihapuskan juga atau pun menjadi skim pinjaman pelajar yang mesra seperti apa yang dilakukan oleh pihak MARA dan BANK RAKYAT.Hal ini kerana Malaysia belum lagi mencapai  tahap kemajuan yang telah dicapai oleh negara maju.


Di sini saya ingin memberi tips-tips supaya anda semua dapat mengelakkan diri daripada  mengambil PTPTN.Antaranya adalah:

  • Jika anda telah pun mendapat PTPTN, saya nasihatkan jadikan PTPTN sebagai faktor pembakar semangat anda untuk berjaya dalam pelajaran. Umum sudah maklum bahawa pihak PTPTN sudah pun berjanji bahawa jika pelajar berjaya mendapat First-Degree Award (anugerah dekan setiap semester), pinjaman yang anda buat akan terhapus.Malah sistem ujrah juga sudah diperkenalkan dan jangan jadikan ini sebagai alasan anda untuk gagal dalam pelajaran.
  • Tips yang kedua, jika anda merupakan peminjam PTPTN dan anda terpilih untuk mendapat biasiswa JPA (atau biasiswa lain), saya nasihatkan gunakan sebahagian duit JPA tersebut sebagai pelaburan di ASBN dan hasil pelaburan tue boleh lah gunakan untuk membayar duit pinjaman PTPTN.Mudahkan jika anda merancang?
  • Jika anda datang dari ahli keluarga yang kaya raya, saya nasihatkan kepada anda untuk tidak mengambil wang PTPTN kerana PTPTN ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar miskin melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS.Senangkan?So,jangan lah merungut kalau rasa malas nak membayar nanti.
  • Belajar rajin-rajin since dari zaman SPM lagi.Kenapa?Sebab bila kita mendapat grade yang bagus kita akan ditawarkan  banyak biasiswa oleh agensi-agensi kerajaan mahupun swasta dan ini yang akan menjadi tuah kepada kita.Jadi,mulai sekarang fokus kepada pelajaran,percintaan tolak ke tepi dahulu.
  • Tips terakhir,rancang dari awal lagi mengenai perbelanjaan pendidikan sebelum kita berkahwin untuk kesenangan bakal anak-anak kita.Kenapa?Sebab bila kita sudah mula menabung untuk bakal anak-anak kita, insya-Allah kesulitan kewangan dalam pendidikan tidak akan  berlaku.Nampak tak?Tips ini saya belajar dari orang cina.Jadi amalkan sikap suka menabung.Menabung lah walaupun hanya sedikit.Duit 10 sen pun duit jugak kan?Hehew.
Rumusan yang ingin saya buat adalah Malaysia  masih belum lagi mampu untuk menghapuskan PTPTN lagi ini kerana tahap ekonomi kita belum lagi mencapai di tahap yang maksima seperti apa yang telah dicapai oleh negara maju.Nasihat saya kepada anda semua,rancanglah kewangan anda dari sekarang dan jika sudah pinjam tue jangan lupa bayar. Kepada peminjam PTPTN,jangan naik angin jika bil PTPTN  sampai di pos surat  rumah anda.Niatkan lah duit interest PTPTN itu sebagai pelaburan kepada negara.Sebab duit tue  pun akan pusing untuk negara dan rakyat jugak.Betul tak?
Sila fikir-fikirkan dan selamat beramal.
Kepada anda semua yang ingin menyuarakan pendapat kepada pihak PTPTN,boleh lah follow twitter mereka di MejaBulatPTPTN. Jangan cepat melatah dengan isu ini.
Gambar ihsan dari encik Google:




Sekian dari saya.Peace.
       "  Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup." - Tun     Dr. Mahathir

2 comments:

  1. Salam!! wahh.. nice blog haa. suka suka <3 :')

    bagi orang macam yuyu, PTPTN memang perlu sangat. kalau tak, mungkin yuyu kerja je sekarang. tak mampu nak bayar yuran. harap harap, nanti yuyu istiqamah untuk bayar,..hikhik

    ReplyDelete
  2. thanx kak yuyu sebab sudi singgah blog.hope semua orang tak melatah berkenaan isu PTPTN

    ReplyDelete

Berminat menjadi Wealth Advisor, boleh hubungi saya di 010.574.9786

Followers